26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

BN Perak Tidak Akan Fail Petisyen Pilihan Raya

Barisan Nasional (BN) Perak tidak akan memfailkan sebarang petisyen atau bantahan terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata BN Perak menerima keputusan yang dibuat rakyat pada pilihan raya umum itu.


“Kita terima keputusan yang dibuat oleh rakyat walaupun kita tahu ada beberapa kawasan yang kita boleh kemukakan petisyen kerana ada kawasan yang mereka (pakatan pembangkang) menang dengan jumlah majoriti undi yang kecil iaitu bawah 1,000 undi seperti di Selinsing,” katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di sini Selasa.

Pengerusi BN negeri itu berkata BN akan menumpukan perhatian untuk meneruskan kerja mentadbir dan membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat.

PAS Perak hari ini menfailkan tiga petisyen PRU13 di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengisytiharkan tidak sah dan membatalkan keputusan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


Kerusi DUN berkenaan adalah Manjoi, Lubok Merbau dan Pasir Panjang.

Pada PRU13, BN memenangi 31 daripada 59 kerusi DUN manakala pakatan pembangkang memenangi 28 kerusi.


spr-perak

Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan