26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

BN Perlu Bijak Menjawab Persoalan Dikemukakan Pengundi – Tun Dr Mahathir

 Tun Dr Mahathir Mohamad di Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah
Hadirin yang mengikuti ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 2/2012 di Hotel Royale Bintang, Damansara.
Mesyuarat anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dihadiri oleh 271 peserta kebanyakkannya pegawai daerah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bijak menjawab dan menangani persoalan yang dikemukakan pengundi terutamanya di kawasan bandar bagi memastikan sokongan kepada parti itu sentiasa kukuh.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengundi pada masa kini lebih bijak berbanding pada masa lepas maka jawapan yang diberikan ke atas persoalan dikemukakan mereka perlu lebih bijak dan lebih bernas.

“Rakyat sekarang semakin bijak dan bila mereka semakin bijak, mereka perlu menyoal tentang pelbagai perkara antaranya pembangunan dijalankan di kawasan mereka, maka kita perlu jelaskan pembangunan itu sebaiknya, bagaimana manfaatkan mereka dan sebagainya, jawapan perlu bijak.


“Kita mesti tahu bagaimana nak jelaskan dengan baik, jangan kita ‘ignore’ sahaja. Bagi saya seorang pemimpin yang baik dapat menjelaskan dengan baik segala persoalan dikemukakan rakyat mereka, pemimpin tidak baik pula sebaliknya,” katanya kepada pemberita pada Selasa.


Terdahulu beliau menyampaikan ucapan bertajuk ‘Transformasi Luar Bandar : Peranan Pentadbir Daerah’ pada Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 2/2012, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Mutiara Damansara di sini . Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri kementerian tersebut Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun.

Berita Berkaitan

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan