BN pertahan kerusi DUN Balingian dengan majoriti 6,911 undi

12

PRK Balingian Yussibnosh Balo

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, selepas calonnya, Yussibnosh Balo berjaya mendapat 8,194 undi mengalahkan lawan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Jalil Bujang yang memperoleh 1,283 undi.

Yussibnosh berjaya memperoleh majoriti 6,911 undi atau 72 peratus dalam saingan satu lawan satu tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendapat 6,210 undi manakala calon PKR, Suriati Abdullah (871) dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin (1,056).


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here