25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

BN pertahan Kerusi DUN Tanjong Datu, Menang Majoriti 6,443 Undi

LUNDU: Calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Jamilah Anu menepati ramalan dan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dengan kemenangan bergaya apabila memperoleh majoriti besar iaitu 6,443 undi.

Balu kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem atau Tok Nan yang mewakili Parti Bumiputera Bersatu (PBB) itu mendapat 6,573 undi mengalahkan dua calon pembangkang iaitu Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star), Johnny Aput yang memperoleh 108 undi, manakala Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDS), Rapelson Richard Hamit (130 undi).

Kemenangan Jamilah diumum­­kan Pengurus PRK DUN Tanjong Datu, Hamsein Atar selepas selesai proses pengiraan undi pada pukul 7.15 malam di Dewan Masyarakat Lundu di sini malam ini.

Keputusan itu disambut oleh tepukan gemuruh penyokong BN termasuk anaknya, Azizul Annuar Adenan yang mewakili ibunya mendengar secara langsung keputusan tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada kelibat Johnny dan Rapelson bersama penyokongnya di pusat pengiraan undi semasa keputus­an diumumkan.

Menurut Hamsein, seramai 9,959 orang yang mengundi dalam PRK Tanjong Datu pada kali ini tetapi hanya 69.2 peratus atau 6,893 orang keluar meng­undi apabila kesemua 16 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

“Daripada jumlah itu, hanya 6,811 kertas undi diterima, manakala 80 undi ditolak dan satu kertas undi tidak dikembalikan,” katanya ketika meng‑umumkan keputusan pilihan raya itu di Dewan Masyarakat Lundu di sini.

Jumlah 6,443 majoriti undi yang dicatatkan oleh Jamilah itu menunjukkan peningkatan 551 undi berbanding 5,892 undi diperoleh Allahyarham Tok Nan pada PRN-11 yang lalu.

Dalam pilihan raya tersebut, Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan yang hanya mendapat 468 undi mengakibatkan wakil pembangkang itu kehilangan wang deposit.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandang­nya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima, Adenan, akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan.

Sementara itu, Jamilah Anu menyifatkan kejayaannya memenangi kerusi DUN Tanjong Datu dengan majoriti besar sebagai hadiah kepada Allahyarham suaminya.

Beliau berkata, kejayaan tersebut adalah hadiah kepada Adenan atau Tok Nan sempena sambutan hari kelahirannya yang sepatutnya disambut 27 Januari dan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-37 pada 14 Februari lalu.

Sehubungan itu katanya, beliau berjanji tidak akan mensia-siakan amanah diberikan oleh rakyat Tanjong Datu untuk meneruskan legasi Tok Nan dan usaha membangunkan kawasan diwakilinya.

20170218-prk-tanjung-datu-bn-menang
 

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan