Saturday - July 31, 2021 @ 11:50
NASIONALSABAHBN Sabah Komited Bela Nasib Rakyat - Musa Aman

BN Sabah Komited Bela Nasib Rakyat – Musa Aman

TATAP BN… Sebahagian daripada penyokong Parti Barisan Nasional yang menghadiri Himpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional di Hongkod Koisaan Penampang
TATAP BN… Sebahagian daripada penyokong Parti Barisan Nasional yang menghadiri Himpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional di Hongkod Koisaan Penampang

PENAMPANG,  — Barisan Nasional (BN) negeri menjanjikan komitmen dan iltizam tinggi untuk meneruskan kesinambungan membela nasib rakyat Sabah serta masa depan generasi akan datang di bawah kerajaan BN.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta rakyat Sabah agar tidak bereksperimen dalam memilih kerajaan kerana jika tersilap pilih, kesannya berpanjangan dan dirasai generasi akan datang.

“Rakyat Sabah harus bijak dan kita mesti menyokong siapa juga calon BN bagi menentukan kerajaan BN merupakan kerajaan pembela terbaik rakyat,” katanya pada Himpunan Gelombang Biru dan pelancaran Jentera BN Sabah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bertema ‘Tatap BN’ di sini Khamis malam.

Musa, yang juga Pengerusi BN negeri, meminta jentera BN menjalankan tanggungjawab bagi membuktikan kepada rakyat bahawa parti komponen itu sentiasa di hati rakyat dalam melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan untuk mereka.

“Kitalah yang paling banyak masuk kampung dan turun padang membantu dan membela nasib rakyat, dan kita mempunyai rekod prestasi dan fakta pencapaian serta kejayaan kita sudah terbukti sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata rakyat Sabah harus sedar negara memiliki pemimpin berwibawa dan berjiwa rakyat seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga dihormati pemimpin dunia, selain wawasan yang jelas serta iltizam politik tinggi.

Musa turut mengingatkan agar tidak berlaku pertindihan dari segi gerak kerja dan jentera, sebaliknya kekuatan berkenaan perlu digembleng dan digerak sepenuhnya di setiap kawasan.

Dalam manifesto bertema ‘1Malaysia, Janji Ditepati Membawa Harapan’ yang dilancar Najib selaku Pengerusi BN pada Sabtu lepas, Sabah dan Sarawak mendapat perhatian dengan pelbagai projek infrastruktur dijanjikan untuk dibangun di kedua-dua negeri.

Turut hadir kesemua lapan pemimpin parti komponen BN, termasuk Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Pairin Kitingan, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here