HULU SELANGOR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada komuniti Cina di negara ini dan tidak cakap kosong seperti pembangkang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Rasa dengan kos bernilai RM5.4 juta bukti kerajaan mengiktiraf pendidikan Cina di negara ini.
Katanya, pembangkang hanya pakar dalam menabur janji kosong demi menang pilihan raya tetapi tidak pernah menunaikannya.
“Tujuan saya melawat sekolah ini ialah untuk melihat janji kerajaan BN ditunaikan seperti mana sedia maklum selepas calon BN menang di Hulu Selangor pada 25 April 2010 saya telah mengumumkan RM3 juta kepada pembinaan bangunan baharu sekolah ini.
“Kini seperti yang saya nak, sebagai sebuah kerajaan BN menepati janjinya. Saya dimaklumkan sekolah juga menambah dana sebanyak RM2.6 juta dan keseluruhan kos menyiapkan bangunan baharu adalah RM5.4 juta dan saya nampak masih perlu beberapa sentuhan akhir.
“Sekolah ini kini kelihatan terbaik di kawasan ini dan ini sekaligus menunjukkan kerajaan menghormati kewujudan sekolah Cina dalam sistem pendidikan,” katanya dalam ucapan selepas merasmikan bangunan baharu sekolah itu di sini hari ini.
Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Ahli Parlimen Huliu Selangor, P.Kamalanathan dan Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillai.
Sekolah setinggi dua tingkat itu terdiri daripada 24 bilik termasuk 10 bilik darjah, bilik komputer, bilik muzik dan kaligrafi, gelanggang badminton dan bola keranjang untuk kemudahan 22 guru dan 352 murid.
Beliau juga meluluskan peruntukan RM400,000 untuk pemasangan lampu isyarat dan pelebaran persimpangan Jalan Rasa di Batu 23 dekat situ setelah menerima memorandum daripada Pengerusi MCA Bahagian Hulu Selangor, Datuk Wong.
Beliau selaku Menteri Kewangan juga telah meminta Unit Perancangan dan Pelaksanaan JPM untuk melaksanakan kerja pemasangan lampu isyarat dan pembesaran jalan seberapa segera mungkin demi keselamatan penduduk.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi BN itu juga membidas kegagalan DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang pernah berjanji mahu membaiki jalan dan menangani masalah keselamatan jalan raya yang tak terurus di sini.
“DAP janji nak buat jalan ini tetapi sudah empat tahun tak buat apa apa. Jadi sebagai Perdana Menteri bertanggungjawab, saya luluskan sekarang RM400,000 untuk tujuan itu.
“Saya harap anda ibu bapa dan masyarakat di sini meletakkan kepercayaan kepada kerajaan yang sentiasa menepati janji.
“Kalau ‘makan’ kata-kata dan janji kosong parti pembangkang inilah akan berlaku, bertahun-tahun semua janji tinggal sekadar janji yang tak ditunaikan. Mesti letak kepercayaan kepada parti dan kerajan yang bela masa depan kita,” tegas beliau.- MalaysiaGazette
Janji harga minyak takan naik?
harge minyak dunia yg kontrol ngok.
So janji dicapati?
Sekolah cina tu mcm mana plak? Tunai janji ke capati?
Munkin tu dunia kontrol juga kot?
Harga minyak dunia turun pon harga minyak malaysia naik
Harga mintak dunia naik, harga minyak Malaysia turun, camne plak tu?
Citer pasal harga minyak ni tak kemana. Kaum lain semua rebut peluang jana kehidupan. Indon dtg sini pun boleh kaya. Bangla pun dapat dato. Rakyat malaysia tak2 hbs2 harga minyak. Kerajaan buka peluang seluas2nya, kaum cina yg rebut habis2an. Org melayu bangkang tak habis2 lg dgn harga minyak. Rupanya2 pemalas, semua benda nak free..
Harga barang naik
Subsidi ditarik
Gaji secara majoriti naik sikit
Bukan suma org di Malaysia ni dapat derma 2.6 billion
Bukan pembangkang kalau dia tepati janji..pembangkan hanya pandai mengkritik kerajaan x idea nak bangunkan negara hanya mencari silap,membohong,fitnah,janji yg x masuk akal..masa brkempen bulan d bintang dia boleh bagi lepas pilihan raya batang hidungpun x nampak
Admin jilat DAP
Kereta axia turun harga x?
Undi cina kurang lagi ye
Kalau begitu harap pada persidangan parliman yang sedang berlangsung sekarang . Isu RUU355 diberi keutamaan untuk dibahaskan, Jangan main wayang cina sudahlah.
Pemimpin UMNO yg paling munafik …
Kenapa tak tengok sekolah kebangsaan btg kali?
Besok kamala datang …buat lawatan ke skbk…
Dia cakap nak beli jajan nko…
Pemes la….
X bg jajan mana mau dia dtg
Itu pasal lah
Hidup pkr❤❤❤❤❤
Umno dan bn parti maksum,xda dosa mcm bayi baru lahir
Relax broo jangan panas ,maii kite ngeteh kat kedai pki yaa ulor ayoo batang kali he he,
Hahahaha masih ular lagi la?
Sokong100%BN najib