BN Tak Perlu Bertanding di Kajang

Zaid Ibrahim ketika mengumumkan hasratnya bertanding di DUN Kajang
Zaid Ibrahim ketika mengumumkan hasratnya bertanding di DUN Kajang

- Advertisement -

 

Pilihanraya Kecil Kajang yang bakal berlangsung bolehlah dianggap sebagai simbol kegagalan Pakatan Rakyat menterjemah demokrasi.  PRK ‘yang tidak perlu’ itu membuktikan bahawa PR adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan sanggup membelakangkan pilihan rakyat bagi memenuhi percaturan politik peribadi seorang pemimpin tertinggi.

Pilihanraya, tidak kira kecil atau besar, bukanlah satu perjudian atau permainan untuk merebut kuasa.  Pilihanraya adalah platform bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat.

Tindakan ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab konkrit, semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim mengatur langkah politik, secara langsung menjadikan segala slogan perjuangan PR berkenaan demokrasi, integriti, ketelusan dan kepertanggungjawaban tidak ada erti sama sekali.

PR kini tidak layak lagi bercakap mengenai nilai murni mahupun moral dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan hakikat ini, Barisan Nasional punya pilihan untuk turut bermain permainan yang dimulakan oleh PR atau hanya menjadi pemerhati.  Namun, sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, adalah lebih baik jika BN menjauhkan diri dan mengelak dari turut sama mempermainkan rakyat.

Antara yang dikatakan akan bertanding di Kajang ialah S Nallakaruppan di bawah tiket MIUP iaitu sebuah parti mesra BN, Yuktes Vijay iaitu bekas pembantu guaman Anwar Ibrahim dan juga seoarang calon dari MCA memandangkan Kajang merupakan kawasan ‘tradisi’ parti itu.  Selain itu, Zaid Ibrahim juga dikhabarkan akan turut bertanding.

Yuktes dan Nalla diketahui sebagai ‘menyimpan’ berbagai rekod buruk mengenai Anwar. Pencalonan mereka pasti akan mendedahkan lebih banyak kisah-kisah hitam Anwar yang mungkin masih ada yang belum tahu.

Walaubagaimanapun, adalah tidak adil kepada rakyat Kajang jika PRK itu dijadikan pentas untuk Anwar bersilat menepis serangan terhadapnya.   Lagipun, kita tahu bahawa sememangnya inilah yang Anwar inginkan iaitu untuk membuat persembahan pencak silat di atas pentas, mencari publisiti, menonjolkan diri dan meraih simpati.

Dalam kita melayan karenah Anwar, kita tidak harus tersasar dari objektif sesebuah PRK. Perlu diingatkan bahawa PRK bukanlah berkenaan dengan individu, tetapi berkenaan rakyat.

Yang diperjudikan di sini bukan nasib Anwar, tetapi nasib penduduk Kajang.   Sedangkan Permatang Pauh juga Anwar tidak dapat memberi masa, sehinggakan terjadinya kes penemuan daging khinzir di masjid berhampiran kawasannya pun Anwar tidak mampu memberi sebarang komen, apatah lagi memulihkan ketegangan di dalam masyarakat setempat.  Maka, apakah masyarakat di Kajang masih boleh mengharapkan beliau untuk memberi khidmat bakti?

Senarai calon-calon yang dikatakan akan bertanding mengukuhkan lagi pendapat bahawa PRK ini adalah mengarut sama sekali kerana jelas ia merupakan satu pertandingan yang berkisar mengenai Anwar Ibrahim semata-mata, sementara Zaid Ibrahim menempek di belakang menumpang publisiti murahan.

Jika BN turut sama ‘bermain masak-masak’ dengan mereka ini, maka dibimbangi lebih banyak wang rakyat yang akan dibazirkan.   Untuk PRK Kajang, SPR dijangka menggunakan dana sehingga RM1.5 juta.  Itu belum lagi dikira perbelanjaan untuk mengawal keadaan oleh PDRM.  Sekiranya BN bertanding, maka dikhuatiri, parti akan perlu mengumumkan beberapa peruntukan baru di samping program-program kemasyaratakan bagi memenuhi aktiviti kempen.  Semua ini pasti memakan belanja yang banyak.

Justeru, adalah lebih baik jika BN tidak bertanding dan membiarkan sahaja Anwar dan bekas-bekas kuncunya serta bekas sahabatnya bertanding sesama sendiri.  Biarkan Anwar berhempas pulas membela diri sehingga menggadai maruah agama dan bangsa demi publisiti.  BN tidak perlu merendahkah diri ke tahap PR dengan terlibat dalam pertandingan yang membazir dan mengarut ini.

Kukuhkan imej BN di mata rakyat sebagai parti yang bertanggungjawab, matang dan serius dalam menghulurkan khidmat.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.