BN TANGGUNG AKIBAT MENTERI TOLAK MEDIA SOSIAL PADA PRU 2008 – PAK LAH - pakdin.my

(FMT) Media sosial yang semakin popular sebagai alat politik pembangkang pernah ditolak Tan Sri Zainuddin Maidin ketika beliau menjadi menteri penerangan di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dedah sebuah buku mengenai bekas perdana menteri itu.

Abdullah yang berundur beberapa bulan selepas pretasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), tersepit antara penasihat berlainan aliran pemikiran dalam usaha Umno menentang pembangkang.

Satu daripada pihak itu berpendapat, Umno boleh memanfaatkan media sosial untuk kelebihan mereka, manakala kumpulan konservatif termasuk Zainuddin berpuas hati dengan kawalan kerajaan ke atas media arus perdana.

“Saya tiada masalah dengan kerajaan membabitkan diri dalam media atas talian dan blogger, tetapi Zam mempertikaikan ia tidak perlu kerana kerajaan mempunyai media arus perdana yang memihak kepadanya,” kata Abdullah dalam buku biografi 500 halaman yang ditulis bekas Ketua Editor Kumpulan The Star, Datuk
Wong Sulong.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika melancarkan buku itu semalam memberi penghormatan kepada Abdullah dan bertitah rakyat masih meletak harapan kepada beliau untuk terus berperanan sebagai “abang” dalam memberi nasihat dan bimbingan mengenai isu negara.

Zainuddin yang merupakan bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia, sering mengkritik pentadbiran Najib melalui catatan di blognya.

PRU12 yang diadakan pada Mac 2008 menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga dan pakatan pembangkang PKR, DAP dan PAS yang diketuai ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu berjaya merampas Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah daripada BN.

Wong berkata, pembangkang “berjaya dalam perang propaganda dan menambah tekanan” kepada pentadbiran Abdullah.

“Blog dan (portal) dalam talian pro-pembangkang menyebarkan semua kontroversi dan memberi Abdullah serta kerajaannya – memparafrasakan Presiden Barack Obama – ‘kekalahan teruk’,” tulisnya sambil menambah kegagalan BN menggunakan Internet menyebabkan parti itu terpaksa menanggung akibatnya pada PRU 2008.

Abdullah mengakui kekalahannya dalam “perang Internet dan siber” dan berakhirnya kerjaya politik beliau, beberapa hari selepas keputusan PRU12 diumumkan.

“Ia kesilapan percaturan yang serius. Kami membuat kesilapan sangat besar dengan berfikir ia tidak penting. Kami sudah belajar daripada pengalaman,” katanya.

Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri pada September 2009, kurang 6 tahun selepas beliau mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai kempen menggantikan beliau dengan Datuk Seri Najib Razak.

Pak Lah Zainuddin Maidin media sosial

UTAMAPOLITIKBN TANGGUNG AKIBAT MENTERI TOLAK MEDIA SOSIAL PADA PRU 2008 - PAK...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium