32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

#BN4Malaysia : Kehadiran Lebih 10,000 Orang Bersama @NajibRazak Bukti Rakyat Pedalaman Bawah Sabah Sokong BN

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bongawan Datuk Karim Bujang berkata kehadiran lebih 10,000 orang ke majlis berbuka puasa rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di SMK Bongawan II, dekat sini, semalam menunjukkan majoriti rakyat pedalaman bawah menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata tindakan dua Anggota Parlimen BN negeri yang menyokong pakatan pembangkang tidak menjejaskan sama sekali aliran sokongan rakyat terhadap BN terutama di pedalaman bawah yang merangkumi kawasan Parlimen Beaufort, Kimanis dan Sipitang.

“Saya melihat rakyat di sini (pedalaman bawah) menyokong kuat Barisan Nasional kerana mereka tahu hanya BN sahaja yang boleh membela nasib mereka.

“Selain itu, mereka semakin yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang banyak melakukan pembaharuan termasuk program transformasi kerajaan yang membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata rakyat pedalaman bawah turut menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang berjaya meletakkan kedudukan kewangan negeri pada landasan yang betul.

Sehubungan itu, Karim meminta rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pemimpin pembangkang yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan pelbagai isu demi kepentingan politik.

Majlis berbuka puasa semalam turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Musa, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

 

 

 

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..