30 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2020

#BN4Malaysia : Malaysia Kian Teguh Disebalik Krisis

New York, Hong Kong, London…Kuala Lumpur? Malaysia kini sedang giat berkembang. Kini, negara ini hanya perlu mengekalkan momentum.

Negara Asia Tenggara ini mempunyai tawaran awam permulaan (IPO) kedua dan ketiga terbesar dunia bagi tahun ini – RM10.4 billion bagi penyenaraian Felda Global Ventures dan IPO IHH Healthcare sebanyak RM6.3 billion. Manakala tanda aras bagi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pula memecahkan rekod pada hari Rabu lalu kerana mencapai kenaikan sebanyak 7% bagi tahun ini.

Sokongan terhadap ekuiti Malaysia adalah antara faktor utama. IPO Felda sebagai contoh, banyak dibeli oleh pelabur yang berlatarbelakangkan kerajaan seperti anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Simpanan persaraan yang wajib diambil adalah antara perkara yang banyak membantu meningkatkan pasaran tempatan.

Ekonomi Malaysia turut menjana pendapatan yang baik. kadar pengangguran adalah rendah, kadar inflasi adalah pada kadar 2%. Kadar pertumbuhan produk domestik kasar adalah pada kadar 5%. Perkara-perkara tersebut adalah penting kerana pasaran saham Malaysia kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat domestik.

Kadar eksport juga semakin meningkat. Komoditi-komoditi seperti minyak sawit, petroleum dan gas merangkumi suku daripada keseluruhan kadar eksport, manakala selebihnya dirangkumi oleh barang-barang elektronik dan barangan kilang. HSBC menyatakan bahawa kadar eksport Malaysia hanya turun sebanyak 2% sejak Ogos lalu, berbanding dengan 13% bagi Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Bank-bank Malaysia juga kelihatan teguh. Kualiti aset yang kuat dan pengurangan kadar hutang bagi bank-bank Eropah tidak memberikan sebarang ancaman.

Namun, masih lagi terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira. Kadar pasaran dunia yang agak lemah mungkin akan menjatuhkan ekonomi. kadar keseluruhan eksport adalah pada kadar 16% – lebih tinggi berbanding dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Politik juga memainkan peranan penting bagi meningkatkan kadar ekonomi. Perdana Menteri Najib Razak mahu menaiktaraf infrastuktur dan menaikkan kadar pelaburan bagi sektor-sektor seperti minyak dan juga pelancongan. Para pelabur perlu berharap agar agenda ini kekal walaupun keputusan bagi PRU yang akan datang masih lagi tidak dapat dipastikan.

Kadar indeks dagangan pula berada pada kadar 15 daripada pendapatan semasa. Beberapa penganalisis yang menyatakan bahawa ini sudah cukup banyak dan mewah. Malaysia mempunyai momentum. Namun, kini segalanya bergantung kepada keadaan politik dan juga kadar kelemahan pasaran dunia. – Cynthia Koons

Dipetik dari The Wall Street Journal

Khamis, 19 Julai 2012

 

 

 

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Komen

..

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

PRN Sabah: Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah B. Syed Osman mempertikaikan status pendaftaran Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Sabah. Berikut adalah kenyataan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...