Boleh bakar manifesto PH – Mahathir

Dulu mereka ancam nak bakar kilang Lynas. Akhirnya Manifesto PH yang dibakar pulak.

Himpunan anti-Lynas pada Ahad ini yang merancang membakar manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi melambangkan kerajaan gagal menunaikan janjinya, tidak akan menyelesaikan apa jua masalah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun mengalu-alukan sesiapa yang mahu membakar manisfesto PH itu.

Jelas beliau, kerajaan sebenarnya berurusan secara rasional untuk membenarkan kilang memproses nadir bumi itu untuk terus beroperasi.

“Masa kita buat manifesto PH, tidak semua yang tanya. Tapi sekarang ramai yang tampil bagi informasi.
“Walaupun Lynas sudah isytihar kilang mereka selamat, tapi masih ada penduduk yang tidak setuju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat AirAsia di RedQ, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Air Asia dan AirAsia.com, Tan Sri Tony Fernandes.

Mahathir diminta mengulas rancangan mengadakan Himpunan anti-Lynas pada Ahad ini yang mahu membakar manifesto Pakatan Harapan bagi melambangkan kerajaan gagal menunaikan janjinya ke arah pembangunan negara yang mampan.

Perhimpunan itu bertujuan membantah tindakan kerajaan membuat keputusan pusingan U untuk menggugurkan syarat Lynas menghantar sisa radioaktifnya – yang dihasilkan sebahagian daripada operasi pemprosesan nadir bumi – keluar dari Malaysia.

Semalam, kerajaan mengumumkan pembaharuan lesen operasi syarikat Australia itu selama enam bulan dengan membenarkannya terus memproses nadir bumi dan membina kemudahan pelupusan kekal sisa radioaktif paras rendah di negara itu.

Sementara itu, perhimpunan yang digelar 818 bersempena tarikhnya akan diadakan di Taman Taman Gelora di Kuantan.

Ia dijadualkan bermula pada pukul 7 pagi dan dianggarkan kehadiran antara 1,000 hingga 2,000 orang.
Ahli Parlimen Bentong dari DAP, Wong Tack yang sudah lama bersikap kritikal terhadap Lynas juga dijangka hadir.

Bagaimanapun, timbalan menteri dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang juga pengkritik lantang Lynas tidak dapat hadir kerana dalam perjalanan pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada Ahad ini. – MalaysiaGazette

Loading...

2 KOMEN

Comments are closed.