25 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Bolehkah Doktor Gigi Khir Toyo Guna Alasan Sama Seperti Akauntan Lim Guan Eng? #LGErasuah

Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas seorang Ahli Parlimen DAP yang menegaskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak mengetahui harga pasaran bagi banglonya kerana beliau seorang akauntan dan bukannya jurunilai hartanah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi beberapa kenyataannya di Twitter berkata, alasan yang digunakan oleh Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik bagi mempertahankan Guan Eng juga boleh diguna pakai oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

“Menurut Ahli Parlimen Tanjong, LGE (Lim Guan Eng) adalah seorang akauntan, bukan seorang jurunilai.

“Saya mahu tanya Ahli Parlimen Tanjong, adakah Khir Toyo boleh kata beliau tidak tahu nilai rumah yang dibelinya hanya kerana beliau seorang doktor gigi?,” katanya di Twitter pada Jumaat.

Terdahulu, Wei Aik yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang mempertahankan Guan Eng dengan mendakwa Setiausaha Agung DAP itu tidak mengetahui nilai pasaran banglo yang dibelinya pada harga RM2.8 juta pada Julai tahun lalu kerana mempunyai latar belakang perakaunan dan bukannya jurunilai hartanah.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Nampak sangat kegoyangannya dalam isu #LGERasuah ni. Bagi alasan pun tak sah dan tepat. Asal boleh je dia orang guna cakap sebagai alasan. Kalau aku nak jual rumah pun sekurang-kurang aku akan berbincang dengan pembeli harga tu sekian-sekian. Mustahil aku akan bagi harga rendah dari aku beli ATAU rendah dari harga pasaran MELAINKAN ada unsur-unsur istemewa. Dah setuju nak jual beli mesti ada pergi mati setem untuk tukar milik. Lembaga Hasil akan nilai harga pasaran yang sebenar. Masa tu pembeli dah tahu berapa harga rumah ikut pasaran. Alasan kosong nak lawan dengan dokumen yang dibentang dalam parlimen mana boleh. #LGERasuah

  2. Ini biasa.. dia mesti kena jaga boss la.. mcm mana cibai pun dia punya boss.. he must defend no matter what. Kalo tak jaga susah la mau idup kedai bejubo area dia tu… tadak kedai bejubo.. mcm mana mau idup.. dia pun mau makan fishnchip…

  3. babi2 dap dah meroyan…. jgn kata bila nk buat loan kt bank bank tidak buat valuation dan beritau buyer… kalau nk bodoh kan sekandang babi dap bolih laaa…. orang lain sorry laa..

  4. Doktor Gigi tak tau harga tanah….logik.. Tapi akauntan tak tau harga tanah…what a fu….ing accountant are you? Lulus dulu cara pintu belakang jugak kut…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.