Bom meletup di Jambi, Sumatera – tiada kecederaan dilapor - pakdin.my

bom di jambi Indonesia 1

Sebutir bom meletup di Jambi, Sumatera awal pagi ini, dua minggu selepas insiden bom di depan bangunan Sarinah.

Ketua Jabatan Hubungan Manusia Polis Republik Indonesia, Inspektor Jeneral Anton Charliyan berkata, bagaimanapun letupan yang berlaku di Jalan Yusuf Nasri Angkasa Puri, Kelurahan Pasir Putih, Jambi itu, tidak mendatangkan kecederaan.

“Kami mengesahkan terjadi le­tupan di Jambi. Ada dua orang bermotosikal membawa sesuatu dan meletakkannya di jalan raya, di depan kedai,’’ katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari ini.

Siasatan polis di lokasi kejadian menemukan bahan-bahan seperti paku, bola besi, dan lain-lain. Menurut polis, letupan bom itu tidak begitu kuat dan siasatan awal mendapati letupan bom itu tidak ada kaitan dengan letupan bom di Jalan Thamrin, Jakarta pada 14 Januari lalu.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian itu tiada kaitan dengan insiden di Jalan Thamrin. Letupan bom juga tidak kuat,’’ ujar Anton.

Beliau memberitahu, pelaku belum dapat dipastikan.

Menurutnya, bom tersebut mele­tup 30 minit selepas dua orang yang bermotosikal itu melarikan diri.

Bom tersebut dipercayai dilengkapkan dengan alat jangka waktu.

bom di jambi Indonesia 2

UTAMADUNIABom meletup di Jambi, Sumatera - tiada kecederaan dilapor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium