CAMERON HIGHLANDS: Dua lelaki yang sesat ketika mendaki Gunung Brinchang ditemui selamat, 6.30 petang tadi.
Kedua mangsa yang masing-masing berusia 25 dan 27 tahun ditemui dalam keadaan keletihan selepas sesat berikutan tersasar dari trek laluan mendaki gunung berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Mohd Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.32 petang.
Katanya, empat pegawai dan anggota bomba kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memulakan pencarian kedua-dua mangsa.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota memulakan pencarian dari puncak Gunung Brinchang hingga menurun ke trek laluan di permulaan tangki air.
“Kedua-dua mangsa kemudiannya ditemui kira-kira tiga jam kemudian dalam keadaan keletihan lebih kurang dua kilometer di bawah gaung.
“Anggota bomba bertindak memberikan air kepada kedua-dua mangsa untuk memulihkan tenaga sebelum dibawa keluar dengan selamat dan dihantar ke hotel penginapan.
“Operasi tamat pada 7.26 malam,” katanya ketika dihubungi di sini.
BOMBA SELAMATKAN PENDAKI SESAT DI GUNUNG BERINCHANG https://t.co/tbBFAGAyHn
BOMBA SELAMATKAN PENDAKI SESAT DI GUNUNG BERINCHANG https://t.co/qDd2ELU10b
BOMBA SELAMATKAN PENDAKI SESAT DI GUNUNG BERINCHANG https://t.co/BMCxZbhCVd
Syukur…
Ummieza Mohamed liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Ebni Alan Ronny liked this on Facebook.
Azlan Azmy liked this on Facebook.
Junaidy Emy liked this on Facebook.
Azita Azora Sha liked this on Facebook.