BOMBA SELAMATKAN PENDAKI SESAT DI GUNUNG BERINCHANG - pakdin.my

CAMERON HIGHLANDS: Dua lelaki yang sesat ketika mendaki Gunung Brinchang ditemui selamat, 6.30 petang tadi.

Kedua mangsa yang masing-masing berusia 25 dan 27 tahun ditemui dalam keadaan keletihan selepas sesat berikutan tersasar dari trek laluan mendaki gunung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Mohd Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.32 petang.

Katanya, empat pegawai dan anggota bomba kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memulakan pencarian kedua-dua mangsa.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota memulakan pencarian dari puncak Gunung Brinchang hingga menurun ke trek laluan di permulaan tangki air.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya ditemui kira-kira tiga jam kemudian dalam keadaan keletihan lebih kurang dua kilometer di bawah gaung.

“Anggota bomba bertindak memberikan air kepada kedua-dua mangsa untuk memulihkan tenaga sebelum dibawa keluar dengan selamat dan dihantar ke hotel penginapan.

“Operasi tamat pada 7.26 malam,” katanya ketika dihubungi di sini.

20161122-bomba-cameron-highland

UTAMABERITABOMBA SELAMATKAN PENDAKI SESAT DI GUNUNG BERINCHANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium