BON Samurai jadi alasan ‘bodoh’ menghalalkan operai Lynas diteruskan

Akhirnya Fuziah memberi alasan kenapa Lynas diteruskan dan dibenarkan untuk simpan sisa buangan mereka di Malaysia buat selama-lamanya.

Alasan dia ialah kerana Bon Samurai.

Dia kata kerajaan dahulu terlalu banyak hutang.

Oleh itu, kerajaan PH terpaksa meminjam Bon Samurai sebanyak RM7.3 bilion awal tahun ini.

Kerana itu, negara kita sekarang dipaksa dan dikuasai oleh Jepun yang tidak ingin Lynas dihentikan untuk mengelakkan industri pembuatan di Jepun lumpuh.

Seolah-olah negara kita telah dijual kepada Jepun dan kini kita menjadi tanah jajahan Jepun sekali lagi.

Bagi saya, ini alasan sangat mengarut.

Pertama, tiada siapa yang paksa Malaysia meminjam dari Jepun.

Selama ini, kerajaan BN masa saya PM tidak pernah pinjam dari Jepun.

Dulu masa PM ke-4, kita banyak pinjam dari Jepun sehingga hutang asing kita melambung apabila nilai Yen naik berkali ganda.

BACA sini: Bon Samurai: Mahathir pernah taubat tak mahu meminjam dari Jepun lagi ditahun 1994
https://pakdin.my/bon-samurai-mahathir-pernah-taubat-tak-mahu-meminjam-dari-jepun-lagi-ditahun-1994/

Tapi kerajaan BN masa saya sudah melunaskan kebanyakan hutang ini,

Kedua. Hutang negara telah meningkat dari RM686.8 bilion pada akhir 2017 masa BN kepada RM807 bilion sekarang.

Hampir seluruh kenaikan RM120 bilion ini adalah dari sumber pinjaman domestik dalam Ringgit Malaysia.

Tiap-tiap bulan PH meminjam sekitar RM10 bilion.

Dengan itu, hutang negara bertambah sekitar RM10 bilion tiap-tiap bulan.

Bulan Julai, PH pinjam RM10.5 bilion. Bulan Jun pinjam RM8 bilion. Bulan Mei pinjam RM12 bilion.

Bermakna ianya tidak ada masalah untuk PH meminjam dari sumber domestik.

Jangan lupa bahawa kerajaan BN juga meninggalkan rizab tunai sebanyak RM170 bilion dalam Petronas sehingga PH menjarah RM82 bilion.

BACA sini: #Bajet2019: Aset negara dijual, rizab tunai Petronas di jarah oleh rejim PH
https://pakdin.my/bajet2019-aset-negara-dijual-rizab-tunai-petronas-di-jarah/

Kalau boleh pinjam RM120 bilion dari sumber domestik dan jarah RM82 bilion dari Petronas, kenapa pula PH perlu pinjam RM7.3 bilion dari Jepun?

Tapi, apa yang Fuziah tak sebut ialah kerajaan PH telah menerima bayaran RM175 juta dari Lynas baru-baru ini.

Oleh itu, lesen Lynas dilanjutkan dan Lynas mungkin dibenarkan untuk buang sisa-sisa mereka ke dalam bekas kolam lombong.

Kenapa tak sebut duit Lynas sudah masuk?

Sumber: Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/lynas

Loading...