Bookie Bolasepak Dibebaskan Hanya 2 Minit - pakdin.my

 

Di Kuala Terengganu, seorang bookie bolasepak yang ditahan SPRM Khamis lalu kerana disyaki menyogok pemain, dibebaskan tanpa syarat, pagi tadi.

Keputusan dibuat Majistret Noradila Abdul Latif yang berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM selama tiga hari, berakhir hari ini.

Kesnya ada kaitan dengan mengatur perlawanan pasukan T Team, untuk Piala Presiden, tahun lalu.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit dibebaskan, suspek ditahan pula SPRM Putrajaya.

Kali ini kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, AMLA.

Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Yusoff Mohd Zin ketika ditanya mengesahkan perkara itu.

Suspek berusia 50an yang juga warga Singapura, akan di bawa ke pejabat SPRM Putrajaya untuk soalsiasat.

UTAMABERITABookie Bolasepak Dibebaskan Hanya 2 Minit

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium