Bot berlanggar: murid lemas, adik masih hilang - pakdin.my

bot-karam-belaga

MIRI: Seorang wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia, sementara seorang budak lelaki berusia 11 tahun hilang apabila sebuah bot panjang yang dinaiki mereka terbalik selepas berlanggar dengan kayu balak di Ulu Baram utara, Sarawak.

Seorang lagi wanita berusia lingkungan 50an, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat perlanggaran yang berlaku berhampiran dengan Long Panai, sebuah kawasan kampung terpencil yang terletak kira-kira tujuh jam daripada bandar, Marudi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan, Dennis Ngau berkata insiden malang itu berlaku sekitar pukul 2 hingga 3 petang Ahad.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Sulin Paaya Andrias, 12, bersama adiknya Nelya Andrias, 9, dipercayai terjatuh ke dalam sungai akibat perlanggaran tersebut.

Balai Bomba dan Penyelamat Marudi yang menerima laporan sekitar jam 4.12 petang mengerahkan anggotanya untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Bagaimanapun, mayat Sulin berjaya ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi itu.

Manakala adiknya, Nelya sehingga berita ini ditulis jam 7.30 malam tadi masih belum ditemui.

Mengulas kejadian itu, Ketua Balai Bomba Marudi Zubada Alior memaklumkan bahawa SAR akan disambung bermula hari ini (hari kedua) disebabkan cuaca buruk dengan hujan lebat selain jarak jauh dan hari gelap.

Jarak Balai Bomba dan Penyelamat Marudi iaitu balai terdekat, dengan lokasi kejadian ialah tujuh jam perjalanan menggunakan laluan Sungai Baram.

Operasi SAR yang dijalankan pagi ini akan dilakukan bersama pihak polis selain mendapat bantuan dan kerjasama penduduk kampung.

UTAMABERITABot berlanggar: murid lemas, adik masih hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium