31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Bot Karam Batang Lassa: Mayat Terakhir Ditemui Di Sungai Pae

Mahdani Akim

DARO  — Mayat Mahdani Akim, 55, mangsa tragedi bot panjang terbalik di Batang Kassa dekat sini pada 11 Jan lepas, ditemui Isnin.

Anak lelakinya Mohammad Fadzidi berkata sekumpulan penduduk Kampong Kut menemui mayat bapanya kira-kira 11.30 pagi di kawasan Sungai Pae, kira-kira sejam perjalanan bot panjang dari tempat kejadian dekat Kampung Saai.

Mohd Fadzidi sebelum itu menghadiri majlis penyampaian bantuan berjumlah RM21,900 kepada keluarga mangsa yang lemas dan cedera serta mereka yang selamat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim di Dewan Masyarakat Kampung Tekajong di sini.

Ketua Polis Daro DSP Wagner Lisa Libut berkata polis membawa mayat Mahdani ke Hospital Daerah Daro dan ia telah dikenal pasti oleh anggota keluarganya.

Mayat Mahdani dibawa ke Kampung Tekajong untuk dikebumikan.

Wagner berkata cuaca buruk dan keadaan Batang Lassa yang bergelora menyebabkan operasi menyelamat itu amat mencabar.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, sebuah bot panjang yang membawa 27 penumpang berusia antara 23 dan 69 tahun, terbalik selepas dipukul ombak besar.


Ketika kejadian bot panjang itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Tekajong selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Saai.

Sebanyak 16 orang dapat menyelamatkan diri manakala yang lainnya hilang.

Mayat 10 lagi mangsa ditemui semasa lima hari pertama Operasi Mencari dan Menyelamat itu.

Sementara itu, isteri Mahdani, Suraidah Busnu, 52, berkata kesengsaraan menunggu berita mengenai suaminya yang hilang sepanjang sembilan hari lepas, kini sudah berakhir.

Suraidah dapat menyelamatkan diri dalam nahas itu dengan berpegang kepada sebuah apungan yang diberikan suaminya sebelum beliau hilang dibawa arus.

“Dengan penemuan mayat suami, kami dapat menyempurnakan pengebumiannya. Ini membolehkan tiga anak dan dua cucunya tahu di mana pusaranya,” kata Suraidah.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan sebanyak RM1,500 daripada Rohani.

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...