Bot Karam Batang Lassa: Tiga Disahkan Lemas, Lapan Masih Hilang - pakdin.my

bot-panjang-matu-daro-4

DARO – Tiga wanita disahkan lemas selepas bot panjang membawa 27 orang yang dalam perjalanan dari Kampung Saei ke Kampung Tekajong, Pulau Bruit, Matu dalam Bahagian Mukah terbalik dipukul ombak tengah hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Matu/Daro DSP Wagner Lisa Libut berkata ketiga-tiga mangsa berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun.

“Setakat 5 petang ini lapan masih hilang iaitu lima lelaki dan tiga perempuan. Difahamkan semua mangsa yang hilang adalah dewasa,” katanya ketika dihubungi.

Penduduk membantu menangkat mayat mangsa mati lemas
Penduduk membantu menangkat mayat mangsa mati lemas

Menurutnya 16 penumpang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu dan dihantar ke Hospital Daro untuk pemeriksaan lanjut.

“Semua penumpang bot berasal dari Kampung Tekajong, Pulau Bruit dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saei. Menurut maklumat awal keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik, namun bot panjang terbalik dipukul ombak besar,” katanya.

Wagner berkata ketika ini operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Malaysia.

 

Mangsa hilang
1. Borhan Berdan
2. Riji Dalol
3. Mahdani Akim
4. Abu Bakar Mahli
5. Ta Hasim
6. Ebong
7. Nor Roslin

Mangsa lemas
1. Melati Jerah, 51
2. Sekiah Kifli, 49
3. Merah Murni, 55

Mangsa selamat
1. Anthony Bahari
2. Habibah Yunus
3. Naidi Saibi
4. Jusni Pandi
5. Raidah Pandi
6. Median Wasli
7. Aiman Sepawi
8. Suraidah Busnu
9. Melajim Akim
10. Jebat Busnu
11. Saamah Drahman
12. Ija Iteli
13. Marina Gusti
14. Slmah Rapli
15. Manja Wahi
16. Mah
17. Naibi Saibi (ditenui selamat jam 8 malam)

Kronologi Kejadian Bot Karam Daro

5 pagi: Bertolak dari Kampung Tekajong.

7 pagi: Tiba di kampung Saai untuk menghadiri majlis perkahwinan.

12.45 tengah hari: Berangkat pulang ke Kampung Tekajong.

1.40 petang: Karam

3.35 petang: Tiga mayat ditemui

 

..

 

UTAMABot Karam Batang Lassa: Tiga Disahkan Lemas, Lapan Masih Hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium