Bot Bakun Mas Karam: Lima lagi mangsa ditemui selamat - pakdin.my

Bot-Karam-Belaga-Sarawak-gagal-apung

Mereka ialah Anuar anak Margaret, Mejerin anak Bantan, Ricky anak Sunus, Welson anak Lat dan Wesly Belaja anak Nelson.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwan Lagang, berkata semua yang terselamat itu sudah membuat laporan di Balai Polis Kapit, semalam.

Dua lagi iaitu Akong anak Empam dan Hendry anak Linggi juga sudah disahkan selamat dan sudah berada di kediaman masing masing.

Berikutan itu, hanya lima lagi yang disenaraikan hilang iaitu Ejang anak Nabau, Maurice anak Ajan, Simon anak Patrick, Roslin anak Jati serta seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Paulus.

Sementara itu, Liwan berkata, bot berkenaan mungkin akan dipotong jjka usaha untuk mengapungkannya gagal.

“Kita akan lakukan apa sahaja kaedah untuk.mencari.mangsa yang.mungkin terperangkap dalam bot,” katanya.

 

UTAMABERITASARAWAKBot Bakun Mas Karam: Lima lagi mangsa ditemui selamat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium