Bot karam: Operasi mencari dua mangsa hilang disambung hari ini 18 Julai - pakdin.my

bot-karam-tanjung-karang-sar

TANJONG KARANG: Operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang, di sini, semalam, dihentikan kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata operasi dengan bantuan nelayan kawasan sekitar akan diteruskan pagi esok berikutan keadaan gelap dan air pasang yang menyukarkan usaha mencari.

Bot dinaiki 14 orang yang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada jam 3 petang, semalam bagi melakukan upacara membuang abu mayat.

Dua jam kemudian, ia dilaporkan karam ketika dalam perjalanan pulang.

Lima mayat telah ditemui setakat ini, manakala tujuh lagi berjaya diselamatkan nelayan tempatan.

20150717-220352154

UTAMAPOLITIKBot karam: Operasi mencari dua mangsa hilang disambung hari ini 18 Julai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium