Bot Karam: Operasi Pencarian Seorang Lagi Mangsa Disambung Pagi Ahad #pakdin.my

bot-karam-tanjung-karang-sar

TANJONG KARANG: Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini Khamis lepas, dihentikan kira-kira 7 malam Sabtu.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata gerakan mencari mangsa terakhir itu, yang dikenal pasti sebagai G.Shankar, akan disambung pagi Ahad.

“Bagaimanapun, pemantauan di pesisiran pantai dan sungai tetap diteruskan,” katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Bot itu, yang dinaiki 14 orang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot, berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada 3 petang bagi melakukan upacara membuang abu mayat.

Bot itu dikatakan bocor dan kesemua mangsa saling menimba air sebelum ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang kira-kira dua jam kemudian.

Enam mayat ditemui setakat ini dikenal pasti sebagai A. Parianathan, 30,yang berasal dari Taman Aman Sekinchan, Selangor, A. Muniamah, 49; K. Logaraj,29; M. Gnaswdree, 59; G. Jaya Sangari, 27 dan M. Kunasegaran, 57, kesemuanya berasal dari Sungai Buloh, Kuala Selangor.

Sementara tujuh lagi yang terselamat ialah P. Alumalai;M.Sugamaran; V. Nagaswari; N. Sanmugan; C. Sabtayan; C. Sundraja dan S.Partiven.

Mereka diselamatkan oleh nelayan tempatan.

Berkaitan