Bot Pancung Bawa 28 PATI Balik Raya Karam Di Tanjung Ketapang – APMM - pakdin.my

bot-pancung-karam-tg-ketapang

JOHOR BAHRU: Sebuah bot pancung membawa 28 penumpang karam di kedudukan 15 batu nautika barat daya Tanjung Ketapang, Muar pagi Khamis, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan.

Ketua Pengarah Operasi Maritim APMM, Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, maklumat tentang kejadian itu diterima oleh VTS Klang, Bahagian Keselamatan Pelayaran, Jabatan Laut Semenanjanung Malaysia di Pelabuhan Klang.

“Menurut maklumat awal VTS Klang, sebuah kapal kargo MSC Valeria yang melalui kawasan tersebut telah memaklumkan mereka sedang menyelamat dua mangsa yang sedang terapung,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan tetapi berdasarkan maklumat awal ia dipercayai sebanyak 28 orang.

Ibrahim berkata, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan dengan dua bot laju APMM telah digerakkan ke tempat kejadian.

Semasa mengesahkan perkara ini, Ketua Penguatkuasa Maritim Pengkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata bot sepanjang 3 meter yang menggunakan enjin 75 kuasa kuda itu, dipercayai keluar dari laluan tikus dari Parit Bunga Muar menuju ke Tanjung Bengkalis Indonesia.

tg-ketapang-lokasi-bot-karam

“Seramai 16 mangsa termasuk tekong berumur antara 19 hingga 41 tahun berjaya diselamatkan oleh kapal dagang yang lalu di perairan itu.

“Manakala tiga orang mati lemas dan bakinya masih hilang,” katanya pada sidang media di Pejabat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di Batu Pahat, Johor.

Jelas Iskandar, hasil siasatan awal mendapati kesemua mangsa membayar tambang sebanyak RM650 hingga RM2500 untuk menggunakan perkhidmatan itu.

Kesemua mangsa yang selamat ditempatkan di pejabat APMM untuk diambil keterangan bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63, manakala tekong akan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

UTAMABERITABot Pancung Bawa 28 PATI Balik Raya Karam Di Tanjung Ketapang -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium