Bot terbalik, pekerja empangan Sungai Tengi dikhuatiri lemas - pakdin.my

Kelihatan ambulan keluar dari lokasi kejadian bot terbalik di Empangan Sungai Tengi, Bistari Jaya, Hulu Selangor.
Kelihatan ambulan keluar dari lokasi kejadian bot terbalik di Empangan Sungai Tengi, Bistari Jaya, Hulu Selangor.

Hulu Selangor: Seorang pekerja penyelenggaraan empangan dikhuatiri lemas manakala enam rakannya terselamat apabila bot yang mereka naiki terbalik di Empangan Sungai Tengi, Bestari Jaya,Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Sahidaallah Osman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.45 petang tadi berhubung kejadian itu.

Sehingga 7.30 malam Khamis selepas operasi mencari dan menyelamat dihentikan,mangsa Azhar Gumri, 40, masih belum dijumpai.

Enam lagi pekerja terbabit – Hairul Nizam Mukmin, Mohd Rafi Rahim, Ibrahim Yaakob, Mohd Zahid Mat Tahir, Mohd Fazli Nirwan dan N. Ginansigaram berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.

“Kesemua mereka termasuk mangsa yang hilang itu memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot gentian kaca berkenaan. Punca bot itu terbalik masih dalam siasatan,” katanya.

Sembilan anggota dari Balai Bomba Bestari Jaya dibantu dengan lima penyelam dari unit PPDA (SKUBA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam terlibat dalam operasi tersebut.

Sahidallah berkata operasi mencari mangsa akan disambung semula pada 8.30 pagi Jumaat.

UTAMABERITABot terbalik, pekerja empangan Sungai Tengi dikhuatiri lemas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium