25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

‘Boya’ bukan rakit penyelamat #MH370Hilang #PrayForMH370 #DoaUntukMH370

MH370-objek-seakan-rakit-penyelamat1515873660

Alor Gajah: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di perairan Port Dickson oleh sekumpulan nelayan bukan dari serpihan MH 370 yang dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas terputus hubungan gagal dikesan menerusi radar.

Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar Idris berkata, kewujudan boya terbabit tanpa sebarang kesan petunjuk lain disifatkan tidak logik dan hanya isu ingin diperbesarkan serta disensasikan.

 “Tindakan kumpulan nelayan terbabit menggembar-gemburkan penemuan bot pelampung berkenaan dibimbangi akan memberi kesan besar ke atas operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 terbabit.

“Sepatutnya kumpulan nelayan itu segera menarik bot pelampung terbabit ke darat dan tidak bertindak melulu sehingga berlakunya penyebaran gambar mengenai penemuan boya berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, jika difikirkan secara munasabah situasi mungkin agak pelik jika hanya bot pelampung sahaja ditemui tanpa sebarang objek lain jika kemungkinan pesawat berkenaan melalui perairan selat Melaka.
Sehubungan itu, Abu Bakar menasihatkan mana-mana individu atau pihak lain supaya berhati-hati atas sebarang penemuan mencurigakan di perairan kerana ianya turut membabitkan sensitiviti keluarga mangsa.

“Pihak kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya ada pihak cuba mensasikan penemuan objek di perairan pantai berkenaan yang dikenalpasti sebagai boya dan bukannya objek didakwa dari pesawat yang hilang,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...