26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

BR1M DAN CALON PM, PEMBANGKANG SUDAH TAK SENADA

SELEPAS bersekongkol melalui Deklarasi Malaysia yang dibuktikan membuat penipuan data dan tanda tangan rakyat Malaysia, pembangkang terus mahu menunjuk nunjuk kerjasama mereka melalui ‘MoU’ antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP pada 13 Disember 2016.

Nawaitu mereka yang digembar gemburkan adalah satu, iaitu mahu menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN). Namun, impian tersirat pula berbeza antara DAP, PKR, PAN dan PPBM, masing masing pasang angan angan hendak jadi PM. Bak tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain.

Jelas semasa ‘MoU’ ditandatangani pada 13 Disember 2016, di para 9 – “Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama.”

Bagaimanapun, 3 hari selepas itu Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengumumkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan pembangkang menang PRU14. Kit Siang umum tanpa persetujuan Wan Azizah pun.

Pertelingkahan jelas kelihatan apabila Dr Wan Azizah sendiri berkata “jangan sesekali katakan tidak” untuk menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM dalam satu kenyataan media semalam, 27 Disember 2016.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pula jelas mahu melihat anaknya sendiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir diangkat sebagai PM.

Bukankah mereka semua telah melanggar ‘MoU’ yang mereka sendiri sepakati sebelum ini? Jadi, di manakah hujah yang boleh dipegang mengatakan bahawa gabungan pembangkang itu mampu mengerunkan BN jika keluarga sendiri sedang kucar kacir?

Satu lagi bukti mereka bercakap tidak serupa bikin apabila mengulas soal BR1M. Dalam satu ceramah di Kedah pada 24 Disember lalu, Pengerusi PPBM menghina 7.4 juta orang penerima bantuan itu sebagai menerima rasuah yang salah di sisi agama dan undang-undang negara.

Tapi menariknya, partinya sendiri telah lama mempromosikan BR1M kepada ahli sendiri melalui laman web mereka. Jika ikut logik pengerusinya, PPBM sedang mempromosikan rasuah untuk ahlinya.

Tak cukup dengan itu, sekutu PPBM iaitu DAP pula bagai tidak menghormati Dr Mahathir kerana mereka bertindak membuka kaunter kemaskini BR1M kepada rakyat jelata di seluruh negara. Adakah mereka tidak langsung memperdulikan tohmahan Dr Mahathir yang menganggap BR1M itu salah rasuah dan salah di sisi undang-undang?

Malahan, terbaru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menurut sumber mengatakan dia telah membuka kaunter secara tertutup khusus untuk ahli DAP di parlimennya di Bagan.

DAP ‘menghalang’ MCA dan GERAKAN dari turut membuka kaunter yang sama di Pulau Pinang. Adakah ini persepakatan dalam pembangkang yang dimaksudkan?

Walaupun baru 2 minggu bersepakat melalui ‘MoU’, blok utama pembangkang ini telah mula menampakkan keretakan dan kepincangan antara sesama mereka, khususnya dalam isu pemilihan calon PM dan BR1M.

Adakah rakyat yakin ‘MoU’ yang hanya bertahan selama 2 minggu ini mampu memberi perkhidmatan terbaik melebihi BN dan Najib Razak untuk 5 tahun sekiranya mereka dipilih menjadi Kerajaan Malaysia? Fikirlah dengan waras dan fakta.

Mahathir kata BR1M rasuah, Wan Azizah kata BR1M hak rakyat, DAP pula sedang giat buka kaunter BR1M.

Patutlah dalam dua kali bajet bayangan pembangkang, mereka tidak mansuhkan BR1M. Rupanya BR1M amat berkesan kepada rakyat. DAP pun tolong buka kaunter BR1M.

Pembangkang tidak boleh diharap untuk membela kebajikan rakyat. BR1M yang dibuat oleh kerajaan BN pun mereka hendak “political milage”. Ahli PPBM mahu dengar cakap Mahathir atau Wan Azizah dalam isu BR1M?

20161226-mahathir-br1m-rasuah-4

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...