BR1M: Dari mana datangnya peruntukan? - pakdin.my

Saya memerhatikan komen-komen di bawah hantaran saya mengenai BR1M tadi. Walaupun telah diperjelaskan banyak kali tetapi ada juga yang masih tidak mampu atau tidak mahu faham.

Saya gunakan sedikit masa untuk membalas beberapa komen-komen ini:
—–
Komen 1: KAWAN.. Sebab apa negara tak ada wang? Brim tak patut diberi sebenarnya…

Jawapan: Kerajaan tak ada duit kerana GST dimansuhkan dan akibat 3 bulan tak ada kutipan GST dan SST. Tetapi jika benar negara tak ada duit, mengapa perbelanjaan dalam belanjawaan 2019 PH ini jauh lebih tinggi dari untuk tahun 2018?

———-
Komen 2: Beli barang kat tesco xde gst. Setiap bulan i bayar dkt2 100 bila beli groceries. Setahun dah gst rm1200….. sekarang x bayar pun

Jawapan: Kamu masih bayar cukai dalam bentuk SST tetapi cukai ini kini disembunyikan. Cukai tidak dinyatakan dalam resit Tesco tidak maksud kamu tidak dikenakan cukai.

———-
Komen 3: Dengan adanya brim rakyat akan bertambah malas mengharapkan bantuan. Ianya dedak.

Jawapan: BR1M ialah bantuan rakyat yang berhasil dari kaedah pengalihan kekayaan negara dari golongan yang kaya kepada golongan B40 melalui GST dan rasionalisasi subsidi.

Nama kaedah ini di Malaysia ialah BR1M. Di Singapura pula, bernama “GST Voucher”. Rakyat Singapura juga malas dan di beri dedak oleh kerajaan mereka juga?

—–
Komen 4: Dari mana peruntukkan BR1M boleh dinaikkan setiap tahun? Kadar GST naik ke?

Jawapan: Tidak. Kadar GST tidak naik. Tetap 6% tetapi kutipan dari GST naik setiap tahun. Misalnya, kutipan untuk tahun 2015 ialah RM27 bilion tetapi naik kepada RM42 bilion untuk tahun 2017.

Ini ialah kerana saiz ekonomi naik dan oleh itu gaji dan perbelanjaan rakyat naik lalu kutipan cukai GST pun naik secaa automatik. Kenaikkan kutipan ini disalur kembali kepada rakyat dalam bentuk BR1M yang semakin meningkat dan projek-projek mesra rakyat.

———-
Komen 5: Tolong terang kan isu 7 billion kerajaan bayar bagi pihak 1mdb…. Ambo tertinggal bas.

Jawapan: Ini ialah kerana Menteri Kewangan kita tidak jujur dan tidak memberi gambaran sebenar. Laporan PAC tahun 2016 berpendapat bahawa kerajaan patut ambil-alih aset-aset 1MDB.

Kerajaan berbuat demikian tetapi takkan nak ambil aset sahaja dan tinggalkan hutang di 1MDB begitu sahaja? Oleh itu, kerajaan membayar untuk pihak 1MDB kerana telah mengambil semua asetnya. Pakar akauntan boleh faham tetapi entah mengapa Menteri kewangan kita macam tidak faham.

Wang RM7 bilion ini juga termasuk RM5.2 bilion untuk membayar balik kepada IPIC kerana IPIC telah membayar secara tunai pada bulan Jun 2015 untuk menolong 1MDB dan untuk dua bayaran faedah bon 1MDB pada tahun 2016.

Guan Eng sendiri telah mengaku bahawa projek TRX sahaja akan memberi keuntunggan selepas ditolak kos hutang dan kos pembinaan infrastruktur. Bandar Malaysia sendiri sudah bernilai sekurang-kurangnya RM20 bilion dan mungkin jauh lebih tinggi. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC juga merupakan sebuah aset dimana IPIC bersetuju membayar balik semua wang yang didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.

Sumber: Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/br1m/

UTAMAEKONOMIBR1M: Dari mana datangnya peruntukan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium