31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

BR1M mula dibayar 28 Januari – Najib

najib_budget-2016-BR1M

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan mula diberikan secara berperingkat bermula 28 Januari tahun hadapan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa orang ramai yang belum memohon atau ingin mengemas kini permohonan BR1M bagi 2016 diminta melakukannya segera melalui atas talian atau secara manual.

“Permohonan BR1M 2016 akan ditutup 31 Disember ini. Sekiranya belum memohon atau mengemas kini, segera lakukan di https://ebr1m.hasil.gov.my/.

“Permohonan juga boleh berbuat demikian dengan mendapatkan borang seterusnya diisi dan kemudian dikembalikan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau pusat khidmat hasil di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Insya-Allah, sekiranya permohonan lengkap dan anda layak, pembayaran BR1M akan mula diberikan secara berperingkat pada 28 Januari 2016 kelak,” katanya dalam satu catatan di laman Facebook miliknya hari ini.

Pada pengumuman Bajet 2016 lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan kategori baharu bagi penerima e-Kasih yang berpendapatan bawah RM1,000 layak untuk terima BR1M sebanyak RM1,050.

Di samping itu, ka­tegori lain melibatkan isi rumah pendapatan bawah RM3,000 dengan jumlah BR1M dinaikkan dari RM950 kepada RM1,000.

Bagi kategori isi rumah pendapatan bawah RM3,001 hingga RM4,000 jumlah BR1M akan menerima RM800 manakala Skim Khairat Kematian akan menerima RM1,000.

Dalam pada itu, individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang pendapatan kurang RM2,000 juga layak menerima RM400.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

  1. Lebih baik bagi org yg menyokongje drp memberi org yg tk tahu brterima kaseh dn suka membuat fitnah lagi d bagi lagi banyak buat fitnah dn buat dosa..kesiannnnnnn apabila d fikirkn …harap yg buat fitnah jgnlh ambil,bagi lh pda org yg memerlukn ..jadi tkdalh banyak dosa….

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...