BR1M: Penerima peringkat kedua dan tuntutan rayuan pada hari Khamis - pakdin.my

BR1M-4.0

Penerima BR1M peringkat kedua akan menerima wang mereka pada Khamis, 28 Julai 2015.

“Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015 sehubungan itu pembayaran BR1M peringkat kedua akan bermula pada 28 Mei 2015 (Khamis) yang melibatkan 4.65 juta penerima.

“Pembayaran peringkat kedua ini turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada ‎141,670 penerima,” kata kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah, Rabu.

Pembayaran itu selaras pengumuman Bajet 2015 di mana kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M tahun ini diagihkan secara tiga peringkat.

Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Jan 2015.

Penerima BR1M peringkat kedua akan menerima secara terus pembayaran menerusi kredit bank.

“Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing, manakala bagi mereka yang tiada nombor akaun surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB, dan Public Bank berhampiran,” katanya.

UTAMABR1M: Penerima peringkat kedua dan tuntutan rayuan pada hari Khamis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium