BR1M: Pertambahan jumlah penduduk dan kategori menyebab penerima semakin bertambah

Satu lagi propaganda penipuan PH yang saya mahu memperbetulkan ialah seperti komen yang saya tengok tadi:

“Makin ramai org terima BR1M makin banyak org miskin berpendapatan rendah..”

Saya percaya ada ramai juga yang percaya kenyataan di atas kerana ia pernah digunakan beberapa kali oleh pemimpin PH.

Ini sama seperti apa yang saya balas Menteri Ekonomi Azmin Ali beberapa bulan dahulu di mana beliau berkata bahawa kegagalan untuk menaik taraf golongan B40 kepada M40 ialah bukti BN telah gagal.

Definasi B40 ialah golongan rakyat yang berpendapatannya di 40 peratus terbawah sesuatu negara.

Ini definasi statistik dan bermakna pada setiap masa golongan B40 akan wujud di dalam mana-mana negara.

Mustahil untuk semua B40 tiba-tiba menjadi M40 dan B40 tidak wujud lagi.

Mustahil untuk golongan B40 tidak wujud kerana ini melanggar peraturan asas matematik dan statistik.

Jika jumlah penduduk Malaysia ialah 30 juta orang, maka jumlah dari golongan dari B40 ialah 12 juta orang. Jika jumlah penduduk Malaysia naik kepada 33 juta orang, maka jumlah orang dari golongan B40 ialah 13.2 juta orang.

Mustahil juga jumlah dari golongan B40 akan berkurang selain jumlah penduduk Malaysia menurun.

Kerajaan BN juga menambah kategori yang layak menerima BR1M.

Pada permulaan BR1M, hanya isirumah pasangan yang sudah berkahwin dengan berpendapatan RM3,000 layak menerima.

Kita tambah kategori isirumah berpendapatan RM3,000 ke RM4,000, kategori RM4,000 kepada RM5,000 dan orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas.

Oleh kerana jumlah penduduk Malaysia bertambah dan kategori bertambah maka jumlah penerima bertambah.

Ini matematik!

Jika penerima BR1M meningkat bermakna lebih banyak rakyat yang kita tolong dan mengagihkan kekayaan negara kepada dan bukan bermaksud lebih ramai rakyat Malaysia menjadi miskin.

Tidak hairan jika satu hari nanti, kerajaan PH akan mengumumkan bahawa jumlah penerima BR1M sudah berkurang ialah bukti PH telah berjaya, walaupun ini ialah akibat banyak kategori-kategori penerima dimansuhkan.

Saya percaya pada masa itu, ada penyokong-penyokong mereka akan turut percaya secara bulat-bulat juga.

Sumber: Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/br1m/

(Visited 3 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.