24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Brunei turut sahkan tiada DNA babi dalam Cadbury

DNA-BAbi-Brunei-test

Selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tidak ada DNA babi (porcine) di dalam produk coklat Cadbury melalui ujian makmal, langkah yang sama turut diambil oleh pihak berkuasa agama kerajaan Brunei.

Sebagai negara yang banyak berkongsi dengan Malaysia, Brunei yang hampir kesemua penduduknya beragama Islam dan baru-baru ini menguatkuasakan undang-undang hudud juga tidak mahu rakyatnya berasa was-was berhubung status halal atau haram produk berkenaan.

Melalui satu kenyataan akhbar, Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei, memaklumkan pihaknya juga melakukan ujian makmal ke atas sampel dua jenis coklat keluaran Cadbury itu baru-baru ini dan turut mendapati tidak ada elemen DNA babi dalam coklat berkenaan.

“Keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati tiada DNA khinzir dikesan pada kedua-dua produk coklat Cadbury yang diuji,” kementerian berkenaan membuat pengesahan melalui kenyataan itu.

Sebelum itu, pada 25 Mei kementerian berkenaan mengeluarkan kenyataan menasihatkan umat Islam Brunei agar berhenti memakan produk keluaran Cadbury buat sementara sehingga pihaknya selesai menjalankan ujian bagi mengesahkan sama ada terdapat kandungan DNA babi di dalamnya, lapor sebuah portal berita negara itu, BruDirect.com.

Tiada-DNA-Babi-dlm-Cadbury-Berunei

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...