28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Buaian besar di tapak Pesta Ria PD Waterfront tumbang – Seorang Parah 2 cedera ringan

ANGGOTA forensik melakukan siasatan di tempat kejadian sebuah buaian besar dekat Pesta Ria PD Waterfront, Port Dickson yang tumbang pada tengah malam semalam menyebabkan seorang parah, dua lagi cedera ringan yang tercampak ke bawah.

Seorang wanita parah manakala dua lelaki cedera ringan apabila buaian besar di tapak Pesta Ria di PD Waterfront, tumbang tengah malam tadi. Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima kira-kira jam 12.06 minit tengah malam tadi. Pegawai Bomba Kanan Dua, Sulong Addin memaklumkan enam anggota bersama satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Seorang wanita didapati terperangkap pada kerusi buaian yang tumbang. Anggota bomba terpaksa menggunakan tangga untuk memotong rantai buaian setinggi kira-kira 3 meter. Ia bagi membolehkan buaian dan mangsa yang terperangkap dibawa turun.

Mangsa yang dikenali sebagai Hawa Liana Kamar Bashah, 21 tahun selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Dua lagi mangsa iaitu Abdul Rahman Mohamad dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham yang menaiki buaian berasingan, tercampak ke bawah. Mereka hanya cedera ringan. Punca kejadian masih disiasat.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan