Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Global

All countries
230,645,683
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
205,650,581
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
4,727,839
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Buang ‘Kayu Mati’ Dalam Kabinet – Tun Daim

KL04_190511_TUN DAIM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan supaya membariskan barisan Kabinet yang berwibawa bagi menarik sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasioban (BN).

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, pemilihan barisan Kebinet yang tepat merupakan elemen penting terutama dalam memastikan pelan transformasi kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Saya beritahu Perdana Menteri…kalau nak orang mengundi kita, kita mesti pilih Kabinet yang boleh diterima oleh rakyat.

“Saya harap ‘kayu mati’ (yang ada dalam Kabinet) supaya diberhentikan. Sekarang pun sudah ada dua, tiga (ahli Kabinet) sudah berhenti. Kita harap agar muka baru akan diperkenalkan bila dah menang,” katanya di sini, Sabtu.

Daim berkata demikian ketika berucap dalam majlis pertemuan dengan jentera BN bagi kawasan Parlimen Merbok di sini.

Selain itu Daim yang juga bekas Ahli Parlimen Merbok berkata, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan lebih tinggi sekiranya Najib membariskan barisan Kabinet yang mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

Katanya, rakyat mahu melihat kerajaan yang bakal ditubuhkan dibarisi oleh barisan ahli Kabinet yang berkebolehan tanpa bergantung sepenuhnya terhadaop Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita mahu rakyat percaya kepada Kabinet, tak mahu hanya Najib dan Muhyiddin sahaja boleh buat kerja.

“Kita mahu yang ada kebolehan, mahu ahli Kabinet yang bila orang tengok muka pun sudah percaya,” katanya.

Berkaitan