32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Buang Sikap Tidak Puas Hati Terhadap Calon Dipilih Parti – Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota Umno perlu kikis sikap tidak puas hati terhadap calon pilihan parti jika mahu melihat parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan membentuk sebuah kerajaan yang kuat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap anggota perlu memberi sokongan kepada calon yang bertanding atas nama Umno dan tiket BN supaya kemenangan besar untuk membentuk kerajaan yang kuat boleh dicapai.

“Jangan terlalu cepat menolak mana-mana calon yang diputuskan bertanding,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat Daerah Sik, yang disertai lebih 2,000 orang, di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Hanipah, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Dr Mahathir berkata tindakan tidak menyokong calon yang dipilih parti berpunca daripada sikap cepat lupa di kalangan orang Melayu, yang akhirnya akan mengundang masalah lagi jika Umno dan BN tidak mendapat majoriti yang secukupnya di Parlimen.

Katanya anggota dan penyokong Umno serta BN perlu sedar bahawa tindakan tidak menerima calon yang dipilih oleh pimpinan parti dalam PRU-13 sebenarnya membawa kesan buruk kepada parti dan anggota parti itu sendiri.

Beliau berkata masalah itu boleh dielakkan jika semua ahli dan penyokong Umno dan BN mengenepikan hal-hal yang timbul dengan memberikan sokongan padu kepada semua calon Umno dan BN dalam PRU-13 nanti.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Dr Mahathir mahu semua ahli dan penyokong Umno dan BN memberikan keutamaan kepada perpaduan dalam parti.

Katanya mereka perlu berazam membantu calon yang bertanding supaya menang bagi memudahkan pucuk pimpinan membentuk sebuah kerajaan yang kuat untuk membela rakyat serta melaksanakan pembangunan negara secara lebih drastik.

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..