24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Budak Lelaki Meninggal Dunia Terjatuh Dari Tingkat 6 Flat PPR

flat PPR di Seksyen 8 Kota Damansara
Kecacatan struktur yang membawa kepada kematian seorang budak lelaki selepas dia terjatuh dari tingkat enam flat PPR di Seksyen 8, Kota Damansara

Seorang budak lelaki berusia lima tahun mati selepas terjatuh dari tingkat enam Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Seksyen 8, Kota Damansara di sini, ketika sedang bermain ‘kejar-kejar’ dengan abangnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata kanak-kanak itu sedang bermain di koridor luar flat kediamannya apabila dia terjatuh melalui jurang di antara pagar besi sekitar pukul 3.18 petang Rabu.

Kanak-kanak itu digegaskan ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans di mana dia telah diisytiharkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Ibu kanak-kanak itu berkata dia sedang menyediakan makan tengah hari untuk keluarga manakala dua orang anaknya sedang bermain di luar unit flat kediaman mereka di tingkat enam.

“Anak lelaki saya yang berusia tujuh tahun meluru masuk ke dalam rumah dan memberitahu saya bahawa adiknya telah jatuh melalui jurang pagar besi.

“Saya lemah longlai selepas melihat anak saya yang sudah tidak bermaya terbaring di atas lantai,” katanya sambil menangis.

Suri rumah itu berkata kanak-kanak itu akan dikebumikan di Seksyen 9, Kota Damansara.


Dia merupakan anak bongsu dalam lima orang adik-beradik.

Sementara itu, pengawal keselamatan Zarina Johan, 52, mengimbas kembali saat-saat ketika dia mendengar bunyi dentuman yang kuat datang dari tingkat atas semasa dia sedang berdiri tingkat bawah blok PPR itu.

“Saya fikir seseorang telah membuang longgokan sampah besar dari tingkat atas.

“Saya begitu terkejut apabila melihat tubuh seorang kanak-kanak lelaki terbaring di tempat di mana bunyi itu datang,” katanya.

Zarina memaklumkan kepada ibu kanak-kanak itu sebaik sahaja mengenal pasti identitinya.

“Kecacatan struktur ini perlu dibetulkan dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang,” katanya.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...