Statistik Corona

Malaysia
2,112,175
Confirmed
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am
Malaysia
1,880,733
Recovered
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am
Malaysia
207,698
Active
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am
Malaysia
23,744
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,192,695
Confirmed
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am
Indonesia
3,996,125
Recovered
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am
Indonesia
140,634
Deaths
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am

Global

All countries
229,892,408
Confirmed
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am
All countries
204,855,436
Recovered
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am
All countries
4,714,987
Deaths
Updated on September 21, 2021 09:59 9:59 am

Budak Perempuan Berusia 16 Tahun Mati Dikerat Abang Tiri

Becky-Watts-dikerat-abang-tiri
Becky Watts

> Dia tidak pulang ke rumah sejak 19 Feb lalu

> Gadis dari Bristol, UK itu disyaki dibunuh oleh abang tirinya sendiri

> Abang tiri dan kekasihnya kini ditahan polis

> Motif pembunuhan masih belum diketahui

> Jenayah ini telah mengemparkan seluruh United Kingdom

BRISTOL (UK): Becky Watts, gadis berusia 16 tahun yang hilang sejak 19 Februari lalu dan menjadi berita hangat di seluruh United Kingdom telah ditemui mati dengan keadaan anggota badannya dikerat-kerat di sebuah rumah tidak jauh dari kediaman keluarganya.

Sehubungan dengan penemuan mayatnya itu, polis telah menahan abang tiri mangsa yang berusia 28 tahun serta kekasih abang tirinya yang berusia 21 tahun kerana disyaki membunuhnya.

Polis telah memperolehi waran untuk menahan dan menyoalsiasat Nathan Matthews dan Shauna Phillips untuk tempoh empat hari mulai Selasa.

Bapa Becky Darren Galsworthy, 51, dan ibu tiri mangsa Angie-Mae Galsworthy, 49.

Kedua-duanya ditahan sebaik sahaja polis menemui anggota badan yang telah dikerat-kerat di dalam sebuah rumah di sini.

Polis turut menahan lima lagi suspek yang berusia antara 23 hingga 29 tahun dipercayai ada kaitan dalam kes tersebut.

Ibu kepada abang tiri Becky, Angie-Mae Galsworthy, 49, adalah isteri kepada bapa mangsa, Darren, 51.

Sewaktu kehilangannya, Angie dan Darren telah muncul di kaca televisyen sambil menangis dan merayu supaya Becky pulang semula ke pangkuan mereka dengan segera.

Suprintendan Mike Courtiour mengadakan sidang media mengenai pembunuhan tersebut berhampiran lokasi kejadian.

Malah kekasih kepada abang tiri mangsa yang kini ditahan polis turut merayu melalui laman Facebooknya meminta orang ramai supaya turut membantu dalam mencari kehilangan Becky.

Sebaik sahaja Nathan dan kekasihnya Shauna ditahan polis, jiran-jiran mereka berkata, kedua-duanya adalah jiran tetangga yang kelihatan normal.

“Malah Shauna telah menghantar mesej kepada saya bertanya apakah jiran-jiran ada melihat adik perempuan kepada kekasihnya setelah dia hilang dua minggu yang lalu,” kata seorang jiran.

Polis menemui mayat Becky pada malam Selasa di kawasan perumahan Barton Hill di sini hanya satu setengah batu dari rumah mangsa.

Anggota polis sedang berusaha mencari bukti di kawasan Becky dibunuh.

Motif pembunuhan tersebut masih belum diketahui.
Sehingga berita ini ditulis, pihak polis masih lagi mengeledah rumah di mana mayat Becky ditemui dan kawasan sekitarnya

Berkaitan