Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Global

All countries
228,935,812
Confirmed
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
All countries
203,801,365
Recovered
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am
All countries
4,700,044
Deaths
Updated on September 19, 2021 02:55 2:55 am

Budak Perempuan, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor Dibunuh Di Bukit Tinggi Klang

Nur Amyliana Shuhada
Nur Amyliana Shuhada

Dua lelaki direman selama seminggu bagi membantu siasatan berikutan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Bukit Tinggi, Klang malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor ditemui kira-kira jam 10 setengah malam di kawasan tempat letak kereta Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi, Klang yang terletak kira-kira 2,200 meter dari kediamannya.

Pemeriksaan awal mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia ketika dijumpai.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusof berkata pemeriksaan awal mendapati ada kesan pendarahan pada kemaluan mangsa.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Delik, Klang, selepas bedah siasat selesai.

Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mangsa kes bunuh ditemui di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini malam Rabu.

Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, ditemui terbaring di bahagian tepi medan letak kereta itu oleh seorang gadis yang kebetulan lalu di situ pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusop berkata gadis berusia 19 tahun itu kemudian memberitahu orang awam di situ untuk melaporkan penemuan itu kepada polis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi di sini.

Mohamad berkata pemeriksaan awal pihak hospital mendapati Nur Amyliana Shuhada meninggal dunia kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya, kecuali kesan pendarahan di bahagian kemaluan mangsa.

“Mangsa ditemui mati kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya. Berikutan itu polis menahan dua lelaki yang berasal dari Sabah, yang kita syaki ada kaitan dengan kematian mangsa, untuk membantu siasatan,” katanya. Suspek yang berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar lokasi kejadian sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kes itu dan direman tujuh hari mulai hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu Acha Kusain, 31, berkata beliau terperanjat bila diberitahu bahawa anaknya ditemui mati dalam keadaan yang amat memilukan itu.

“Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lepas kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HTAR.

Acha berkata Amyliana yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik yang sangat peramah dan paling rapat dengannya.

“Sebelum kejadian dia bermain di sekitar kawasan rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan saya ingat dia akan pulang sebelum malam, tapi tak sangka saya bertemunya ketika dia telah tiada,” katanya sebak

Berkaitan