Budaya celaka – Inilah pilihan mereka - pakdin.my

Dalam mendepani isu video skandal pemimpin negara ini, Islam telah mengajar perkara yang paling baik. Setiap orang adalah tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya.

Dalam isu Azmin, beliau mesti dianggap belum bersalah sehinggalah siasatan dibuat terhadap pengakuan pelaku dan bukti-bukti oleh pihak berkuasa. Bagi menjaga integriti kerajaan, beliau hendaklah bercuti sehingga siasatan selesai. Ini adalah antara contoh yang dibuat oleh DS Zahid pada tahun lepas apabila berdepan puluhan tuduhan salah guna kuasa.

Ini adalah pendirian saya dan saya konsisten dengan pendirian ini dalam segala isu melibatkan pemimpin negara. Dalam isu RM90 juta, kami berdiam diri sehinggalah SPRM mengesahkan dana tersebut tidak wujud.

Dalam isu banglo dan terowong LGE, kami menggesa siasatan dan hanya tidak puas hati apabila pendakwaan ke atas beliau digugurkan selepas berlakunya pertukaran kerajaan

Dalam isu DS Najib, kami hanya mengulas berdasarkan fakta kes termasuk ketempangan bukti yang dibawa pendakwaan. Kami tidak pernah sesekali mengatakan beliau tidak bersalah walaupun hati saya kuat mengatakan begitu

Kami pembangkang UMNO PAS tak buat kerja pra matang dengan membuat pendakwaan dalam media sehingga merosakkan nama tertuduh. Ironinya, seorang YB PKR yang mahu isu ini didiamkan dan disiasat tidak pula memakai pendirian yang sama semasa galak bercakap tentang audio Ana Tahu, RM90 juta dan Najib Razak satu ketika dahulu.

Ironinya, YB PKR yang mahukan agar rakyat berhenti menuduh Azmin Ali sekarang berusaha pula mengaitkan Umno dan Wanita MIC sebagai dalang.

Hipokrit

Ya, YB Azmin belum tentu bersalah. Tetapi apa yang berlaku adalah politik kotor yang berniat menjatuhkan seorang pemimpin parti dan negara. It is a clear set up. Pelaku bukannya disuruh / dipaksa masuk ke bilik utama oleh seorang lagi pelaku yang lain. Ia adalah kerelaan kedua pihak.

Malah pelaku juga tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah apabila membuat video pengakuan walaupun beliau mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan dan akan berkahwin tak lama lagi. Sebaliknya pelaku mahukan SPRM menyiasat menteri. Kenapa SPRM? Bergolek atas katil bukan kesalahan rasuah. Ini kesalahan moral yang perlu disiasat Polis Diraja.

Tidak lain, ia adalah bom berangkai bagi membunuh imej dan menamatkan karier politik pesaing.

Ini sudah melebihi kesalahan peribadi. Ini adalah perangkap politik hasil budaya fitnah yang sudah memgakar di dalam sanubari pemain2 di dalam parti. Dan budaya busuk ini akan menjadi trend menjatuhkan sesama sendiri bagi mendapat apa yang dihajati.

Ya. Ini adalah pilihan rakyat Malaysia. Budaya kotor dan penuh celaka.

—-

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

https://pakdin.my/tag/video-intim

UTAMAPOLITIKBudaya celaka - Inilah pilihan mereka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium