Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid pula arahkan JAIS kemuka laporan - pakdin.my

Berita terdahulu Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – JAIS buat serbuan

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan lengkap ekoran tindakan bersama polis menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di sini, malam Rabu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

“Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

“Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau mengulas serbuan oleh polis dan penguatkuasa JAIS selepas dikatakan mendapat laporan bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Dalam pada itu Abdul Khalid menegaskan, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan serta kepercayaan mereka.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan tolenrasi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekaligus menyatupadukan rakyat.

Berita berkaitan:

Saya rela dipecat – Dr Hasan Mohd Ali
Serbuan Gereja – Pergerakan ‘Bawah Tanah’ Sudah Berkembang Di Seluruh Negara
Serbu Gereja – JAIS Ada Bukti.
Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid arah EXCO tutup mulut
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – PAS Selangor Minta Penjelasan Hasan Ali
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – Khalid pula arahkan JAIS kemuka laporan
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam – JAIS buat serbuan

UTAMABERITABuka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam - Khalid pula arahkan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium