Bukan saja di darat, di laut pun boleh ‘drift’ [VIDEO] - pakdin.my

Kecekapan anggota polis marin mengendalikan bot berlabuh di pengakalan

Kalau melihat individu ‘drift’ kereta di jalan raya itu perkara biasa. Kalau di laut, jarang-jarang sekali kita menyaksikannya.

Itulah yang dapat disaksikan kecekapan anggota polis marin mengendalikan bot berlabuh di pengakalan dengan skil drift untuk memakir di bahagian sisi.

Tidak menyebut lokasi, rakaman enam saat yang tular di Twitter memaparkan bot itu memecut dengan laju ketika menghampiri pangkalan, namun dengan sekelip mata kapal itu berhenti.

Bot itu kemudiannya merapati pelabuhan perlahan-lahan tanpa sebarang hentakan atau dentuman yang boleh merosakkan bot yang memakir sempurna di sisi kiri.

Klip video yang menunjukkan kemahiran anggota polis yang mengendalikan bot itu mencetuskan kekaguman pengunjung Twitter ‘Twt Bajet’.

Lebih 235,000 kali tontonan dengan masing-masing hampir 10,000 suka dengan klip itu dan mengulang siarnya.

Seorang pengunjung Luqmanul Hakim A R berkata bot berenjin waterjet sahaja yang boleh melakukan aksi ‘drift’ sedemikian daripada pengendali yang mahir.

”’Waterjet engine’ jer boleh buat macam ni, terus masuk gear reverse [undur], akan jadi macam dalam video tu,” katanya.

”Perhhh power! Dah macam dalam cerita ‘battleship’ #Salute,” kata msordinary pula.

UTAMABERITABukan saja di darat, di laut pun boleh 'drift'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium