Bukan salah Umno

*Terbaharu ‘runner’ Vincent Tan keluar UMNO sebab hendak jaga kepentingan Melayu.? Amin ?

APA salah Umno? Demikian pertanyaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada beberapa ahli Parlimen yang umum keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas. Pertanyaan ini tepat pada masanya kerana mereka ini memenangi kerusi Parlimen atas nama Umno dan BN dalam PRU14.

Jika alasan keluar Umno kerana parti sudah dibenci rakyat, bagaimana mereka boleh menang dalam pilihan raya lalu? Ini kerana sebahagian yang umum keluar parti bukan nama besar dalam masyarakat dan mereka hanya menumpang kekuatan Umno.

Benar kata Mahdzir bahawa Umno tidak seharusnya diberi penghinaan melalui tindakan keluar parti oleh bekas pemimpinnya selepas lebih 60 tahun parti itu berjasa kepada rakyat.

Umno menang 54 kerusi Parlimen dan menjadi parti yang mempunyai kerusi terbesar dalam Parlimen. Namun tentulah ia tidak cukup besar untuk menjadi pemerintah kerana gabungan parti-parti lain.

Mereka yang keluar tentulah mempunyai pelbagai alasan. Ada kerana keperluan hidup, ada yang pernah menjadi ahli pentadbiran kerajaan lalu maka mereka terdedah kepada ‘risiko’; ada yang punya hubungan istimewa dengan pencatur politik kerajaan hari ini; dan ada juga kerana agenda politik yang belum diumumkan.

Jika mahu keluar kerana apa pun, keluarlah cara baik dan terhormat dari parti yang kamu tunggangi selama berpuluh tahun ini. Kenanglah jasa aktivis parti, makcik dan pakcik di kampung yang menyokong anda dan parti selama berpuluh tahun.

Membuat kenyataan mem­burukkan Umno apabila keluar parti hanya menunjukkan sikap tidak menghormati mereka yang menyokong kamu dan tegak mempertahankan parti dalam pilihan raya lalu walau berhadapan dengan nista dan cerca parti lawan.

BACA seterusnya disini:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/ab-jalil-backer/bukan-salah-umno-1.883246

……….

http://pakdin.my/tag/umno

Comments (8)

  1. Rosli Hashim Sep 24, 2018 @ 21:29
  2. Radzi Slm Sep 24, 2018 @ 21:30
  3. Mohd Yusof Sep 24, 2018 @ 21:34
  4. Vicneswaran Ganeson Sep 25, 2018 @ 0:31
  5. Marun LJ Zami Husin Sep 25, 2018 @ 3:34
  6. Jaafar Bakar Apai Sep 25, 2018 @ 8:37
  7. Mohd Zakri HJ Ahmad Sep 25, 2018 @ 14:01
  8. Syahril Siddiq Sep 25, 2018 @ 17:57

Leave a Reply