24.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Bukan Soal Siapa Lebih Setia – Saifuddin Templak Azmin

Azmin papah Anwar Gambar lama yang dikongsi semula di Internet memaparkan Mohamed Azmin sedang memapah Anwar.
Azmin papah Anwar
Gambar lama yang dikongsi semula di Internet memaparkan Mohamed Azmin sedang memapah Anwar.

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak kempen retorik khususnya yang berkaitan sentimen kesetiaan terhadap parti bagi meraih simpati dan sokongan pengundi.

Sebaliknya menurut penyandang Setiausaha Agung PKR itu, kempen pemilihan parti itu kali ini seharusnya dilihat dalam skala yang lebih besar khususnya bagi menyediakan barisan kepemimpinan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Pemilihan parti akan lebih bermakna jika ia berjaya menampilkan pimpinan yang diyakini pengundi, selain dapat mengemukakan gagasan untuk menjamin kemenangan berpihak kepada PKR.

“Gagasan yang dibentangkan perlu praktikal dan bukan retorik mengenai siapa yang lebih setia atau yang lebih bersih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Difahamkan sentimen mengenai kesetiaan terhadap parti khususnya membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mula dimainkan penyokong kem penyandang Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Malah sekeping gambar lama yang memaparkan Mohamed Azmin sedang memapah Anwar turut mula dikongsi secara meluas di Internet bagi menggambarkan hubungan baik kedua-dua pemimpin berkenaan.

Menerusi pemilihan parti yang bakal berlangsung bermula hujung bulan ini, Saifuddin dan Mohamed Azmin masing-masing bakal berentap dalam saingan empat penjuru merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Turut berentap ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk K. Ramachandram.


Mengulas lanjut mengenai janjinya pada pemilihan ini, Saifuddin yang bergandingan dengan calon dua calon Naib Presiden iaitu Nurul Izzah Anwar dan Mohd Rafizi Ramli menegaskan mereka akan memberikan tumpuan khusus mengenai persediaan menghadapi PRU-14.

Jelas Saifuddin, pihaknya akan menggerakkan usaha melakukan rundingan awal khususnya mengenai pembahagian kerusi pilihan raya dengan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Katanya, kegagalan memuktamadkan rundingan mengenainya lebih awal seperti yang berlaku pada PRU-13 hanya akan membantutkan persediaan parti itu di banyak kerusi.

“Saya akan terus bersuara untuk memastikan bahawa sistem itu diubah sepenuhnya. Rundingan kerusi dengan DAP dan PAS perlu dimulakan segera dan dimuktamadkan dalam tahun 2014 ini.

“Kaedah ini akan memberi ruang kepada calon-calon yang ditauliahkan lebih awal untuk membina nama baik di kalangan pengundi dan membina jentera dalam menghadapi PRU-14,” katanya.

Selain itu menurut Saifuddin, dalam usaha memenangi pilihan raya umum akan datang, beliau turut mensasarkan kepada usaha untuk menarik lebih ramai golongan pengundi muda menyertai parti itu.

“Selain golongan muda, kita juga perlu bersedia untuk berdepan dengan isu perkauman yang dimainkan oleh parti lawan yang bertujuan menakutkan pengundi Melayu,” katanya.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...