Bukan soal tempat duduk Najib tetapi kebiadaban terhadap Yang DiPertuan Agong - pakdin.my

Saya tak berapa nak faham dengan penjelasan MENTEGA [1]

Dalam upacara kebesaran negara yang melibatkan Raja-Raja Melayu, jemputan tidak dijemput dengan menggunakan whatsapp atau kad kahwin print pakai komputer. Jemputan akan menerima Warkah Jemputan Diraja.

Warkah ini akan ditulis tangan dengan tulisan khat (tuluth dan nasakh) di atas kertas khas. Jadi orang DAP dan NGO rasis takkan boleh tulis sebab mereka semua malas nak belajar. Kertas yang digunakan pula adalah keluaran terhad. Ketika pertabalan Sultan Mizan sebagai YDPA 12 tahun dahulu, istana menggunakan kertas yang diperbuat daripada campuran pulpa kayu dan kapas. Dakwat pula didatangkan khas daripada Jepun dan kalis air.

Nak tulis sehelai warkah sahaja sudah mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam. Bermula daripada lakaran manuskrip menggunakan pensil, kemudian semakan dalaman dan wakil Istana sebelum boleh ditulis secara kekal. Sebarang kesalahan walaupun kecil (macam tertinggal huruf), maka warkah kena ditulis balik.

Warkah ini pula akan dihantar awal kepada setiap jemputan. Warkah kepada Tun Mahathir contohnya, dihantar sendiri oleh MENTEGA pada 23 Julai; seminggu sebelum hari pertabalan.

Begitu juga dengan kedudukan jemputan. Istiadat diraja ni mana boleh ada kerusi-kerusi kosong macam kita semua duduk dalam program MLM. Atau nak diubah-ubah kedudukan kerusi ikut kehendak jemputan. Eh saya nak duduk belakang la saya luka otot tisu. Eh saya nak duduk belakang Tun Mahathir la sebab saya suka mengampu. Mana boleh. Kedudukan jemputan ini ada imbangan dan susun atur supaya tidak janggal.

Kalau benar MENTEGA yang benarkan DSN tukar tempat duduk, maknanya MENTEGA ini telah gagal sebab tak faham adat Melayu.

Takkan warkah pun kena recycle atau main potong nombor pakai pen? MENTEGA sedang tunjuk kejahilan diri sendiri ke ni?

Dan kami rakyat bukannya bodoh sangat. Dah 72 jam isu ini berlaku tetapi:

1. Belum ada sebarang penafian daripada Istana

2. Penafian MENTEGA tidak disertakan bukti pindaan warkah jemputan yang sudah terima DSN / wakilnya

Paling jelas. Pada malam pertabalan selepas kejadian tersebut, pemimpin-pemimpin PH mula bercakap tentang ‘deep state’ [2]. Bukan kita tak tahu ‘deep state’ itu ditujukan kepada siapa dan untuk menekan siapa.

Ingat. Kami bukan peduli pun DSN dijemput atau tidak. Kami tak kisah mana pun kalau PH biadab kepada DSN atau tidak. Dari dulu lagi PH ini memang tak ada adab.

Tetapi kami rakyat tidak boleh terima jika berlakunya kebiadaban kepada Raja-Raja. Kami tidak boleh terima jika berlakunya khianat dan kemungkiran ketaatan kepada arahan Paduka Baginda.

Ini isu sebenarnya

Daulat Tuanku!

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

—-
Sumber: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Rujukan:
[1] https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/08/01/najib-wanted-to-be-seated-at-the-place-for-orang-besar-pahang-says-mujahid/

[2] https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/30/deep-state-impedes-pakatan-institutional-political-reforms-for-new-malaysia/1776104

UTAMAPOLITIKBukan soal tempat duduk Najib tetapi kebiadaban terhadap Yang DiPertuan Agong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium