Bukan untuk merobohkan tokong, tetapi membina pagar penghadang ‘Hoarding’ untuk laluan ke sekolah - pakdin.my

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Cheras:

Pada 28 September 2021 jam lebih kurang 11.45 pagi hingga jam 4.00 petang, satu operasi telah dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) untuk membina pagar penghadang ‘Hoarding’ bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah. Didalam operasi tersebut pihak Polis IPD Cheras telah hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi yang dijalankan.

Semasa operasi sedang dijalankan terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan berbangsa Cina membawa kayu dan besi. Kumpulan ini telah bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas ditempat kejadian.

Dalam insiden tersebut pihak polis telah menahan (4) individu berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun bagi membantu siasatan. Kes di siasat dibawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Satu video berkaitan isu ini telah dimuat naik dilaman Facebook bagi tujuan meraih simpati dan diekploitasi. Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggugat ketenteraman awam. Pihak polis Daerah Cheras menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Astro Awani
Sinar Harian
Bernama

MAINKAN PERANAN ANDA!

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,

Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

UTAMASEBENARNYABukan untuk merobohkan tokong, tetapi membina pagar penghadang ‘Hoarding’ untuk laluan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium