31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2020

Bukti Pas tidak konsisten dalam perjuangkan Islam

Bukti PAS gagal mentarbiahkan sekutu bukan Islam mereka tetapi mereka pula yang ditarbiah oleh sekutu kafirnya.

Kesanggupan Pas bekerjasama dengan individu yang dikecam kerana menyokong penubuhan Majlis Antara Agama (IFC) serta menganjurkan ‘Forum Memeluk Islam’ membuktikan betapa parti itu tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam.

Merujuk kerjasama Pas dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia jelas menunjukkan tindakan Pas kini hanya didorong keinginan mendapatkan kuasa.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu membuka mata mengenai sikap tidak konsisten Pas itu yang dibimbangi membawa perpecahan di kalangan Melayu Islam.

“Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.

“Sedangkan al-Quran dan Islam itu konsisten dan digunakan dari zaman ke zaman. Bukan haram hari ini dan halal esok. Kita bimbang kecelaruan dilakukan Pas menyebabkan umat Melayu Islam berpecah-belah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai cara meningkatkan pendapatan pekebun kecil di Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.

Sewaktu menjadi Presiden Majlis Peguam, Ambiga bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan IFC. Beliau turut dikatakan menyokong Lina Joy berhubung kes murtad.

Tidak setakat itu, beberapa pemimpin dan ahli Pas termasuk Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bersama ahli UMNO, PKR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pernah berdemonstrasi di hadapan bangunan Majlis Peguam kerana membantah Forum Memeluk Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah membuat kenyataan membantah forum tersebut yang dianjurkan sewaktu Ambiga mengetuai pertubuhan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, sikap tidak konsisten Pas itu bukan sesuatu yang baru malah, telah lama diamalkan demi kelangsungan parti itu.

“Ia menunjukkan apa yang diperkatakan Mursyidul Amnya pada 1999 bahawa beliau boleh menerima pertolongan sesiapa juga termasuk syaitan bagi membantu perjuangan Pas.

“Begitu juga baru-baru ini apabila Mohamad Sabu memegang jawatan timbalan presiden, beliau kata tidak mahu lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya, individu itulah yang dia berikan pelbagai gelaran sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan kerjasama Pas dan Ambiga membuktikan bahawa perkataan ‘Islam’ hanya menjadi slogan kepada perjuangan mereka.

“Mereka hanya mahukan kuasa bagi memerintah negara dan sanggup bergabung dengan sesiapa saja bagi mencapainya. Sebagai contoh, kalau benar mahu perjuangkan Islam, kenapa mesti membiarkan pilihan raya masjid berlaku di Pulau Pinang?.

“Kalau betul pilihan raya tidak bersih, kenapa sanggup terima mandat memerintah di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah? Tolak mandat itu dan bawa ke mahkamah. Itu lebih baik daripada bawa ke jalanan,” katanya.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

PRN Sabah: Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah B. Syed Osman mempertikaikan status pendaftaran Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Sabah. Berikut adalah kenyataan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...