Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Global

All countries
231,533,265
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
206,497,379
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
4,745,154
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Bukti Sudah Diberi Tiada Lagi Majoriti, PM Perlu Berlaku Jujur  – Shahril

Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata dengan bukti perkongsian akuan-akuan bersumpah dari 14 Ahli Parlimen UMNO, agak sukar melihat sudut mana Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin masih mengatakan ada majoriti.

Tegas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu, apabila mengadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebelum mesyuarat kabinet nanti, Perdana Menteri perlu berlaku jujur kepada YDPA.

“Jika tiada angka 111, sebut sahaja tidak ada. Kemudian serah kepada kebijaksanaan Tuanku YDPA bagaimana Baginda mahu bertindak mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.

“Apa-apapun tindakan selanjutnya, sekurang-kurangnya, tidak lagi dituduh mengelirukan Istana. Peranan Tuanku sudah termaktub dalam Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Dilaporkan hari ini Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah menghantar dua warkah kepada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu penarikan sokongan kepada Perdana Menteri bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos 2021.

Dalam warkah tersebut, Ahmad Zahid juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyertakan 14 nama ahli Parlimen daripada BN dan UMNO yang juga telah menarik sokongan kepada Muhyiddin berserta surat akuan mereka.

Mereka adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datuk; Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (Pekan); Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan; Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Seterusnya adalah Datuk Azalina Othman Said (Pengerang); Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan); Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Datuk Mohd. Nizar Zakaria (Parit); Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Ramli Mohd. Nor (Cameron Highlands); Datuk Mohamad Alamin (Kimanis); dan Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) serta Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang). – UMNO ONLINE

Berkaitan