Bumi Madinah Dibasahi Hujan (video)

madinah-dibasahi-hujan

Beberapa kawasan digenangi air termasuk di Masjid Nabawi.

Kejadian berlaku setengah jam selepas solat subuh pada jam 4.38 pagi waktu tempatan.

Walaupun tidak lama, sekitar dua minit, hujan lebat.

Selepas hujan beransur reda, angin kencang pula melanda kawasan di sekitar Madinah.

Ini menyebabkan ada beberapa papan tanda tumbang dan tong sampah di luar Masjid Nabawi bertaburan.

Sebaik keadaan reda, pekerja awam sibuk membersihkan kawasan sekitar Madinah yang ditakungi air.

Berdasarkan maklumat dari penduduk tempatan kali terakhir hujan lebat melanda kota Madinah adalah pertengahan tahun ini.

Kebiasannya hujan di Madinah hanya berlaku sekejap sahaja atau renyai-renyai untuk beberapa minit.

 

 

Loading...

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini