Bung Moktar dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah - pakdin.my

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pelantikkan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Bung Moktar Radin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baru berkuatkuasa serta merta.

Pelantikkan tersebut dibuat susulan daripada tindakan 21 ketua bahagian, empat ahli Parlimen selain 11 orang ADUN UMNO yang diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Hajiji Mohd Noor hari ini yang mengumumkan keluar daripada parti itu.

“Sabah akan dipimpin oleh Bung Moktar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Yakub Khan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

“Sementara itu Jefri Ariffin akan memegang jawatan Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah dan Raime Unggi sebagai Ketua Penerangan,” katanya dalam sidang media khas di ibu pejabat UMNO hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut hadir dalam sidang media tersebut memaklumkan dua Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid akan bergerak ke Sabah esok untuk membantu menstruktur semula UMNO di negeri tersebut.

Sementara Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku di Sabah merupakan satu tindakan yang sudah dijangka dan ia tidak sama sekali melemahkan perjuangan UMNO yang telah banyak menabur jasa kepada anak negeri itu.

”Kemasukan UMNO ke Sabah pada tahun 1991, telah merubah kedudukan sosioekonomi negeri itu dan sudah tentu parti Rumpun Melayu akan meneruskan pembelaan berkenaan.

”Untuk itu perlu diperjelaskan bahawa UMNO Sabah tidak terbubar walaupun ada pemimpin negeri itu yang keluar parti.

”Tindakan segera akan dilakukan bagi menyusun dan merombak Badan Perhubungan UMNO Sabah. UMNO juga bersedia dengan pelan penggantian dinperingkat bahagian sebagaimana terkandung dalam Fasal 15.7 dan Fasal 15.8 Perlembagaan UMNO,” katanya pada sidang media tersebut.

https://pakdin.my/tag/umno

UTAMAPOLITIKBung Moktar dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium