24.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Bunga Tahi Ayam, Serai Wangi, Lidah Buaya Boleh Halau Nyamuk

Tumbuh-tumbuhan seperti Bunga Tahi Ayam, Serai Wangi, Lidah Buaya dan Tongkat Ali boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dalam usaha mencegah demam denggi dan jangkitan virus Zika.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga menamakan lima tumbuhan lain yang turut mempunyai fungsi sama iaitu Akar Wangi, Bunga Selasih,’floramaster’, Mahogani atau Mambu dan Jeremin.

“KKM menyarankan agar masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan kaedah lain untuk mencegah demam denggi dan jangkitan Zika sebagai tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada.

“Antaranya dengan menggunakan beberapa tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang boleh ditanam di kawasan perumahan,” kata KKM dalam kenyataannya di Facebook.

Beberapa kajian oleh Zaridah et.al (2005) di Kepong, Ferreira et.al (2011)di London, Pattanayak et.al (2015) dan Satpute et.al (2015) di India mendapati tumbuhan itu juga boleh menghalau serangga lain.

Menurut KKM sepanjang minggu ke-40 tahun ini iaitu dari 2 hingga 8 Okt lepas, sebanyak 1,550 kes demam denggi dilaporkan yang menurun 151 kes berbanding minggu ke-39 yang mencatatkan 1,701 kes.

Pada minggu ke-40 itu, empat kematian akibat demam denggi dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 190 berbanding 261 kematian bagi tempoh sama pada tahun lepas.

20161015-lidah-buaya-halau-nyamuk

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...